" "
Buletin

POLESTAR BAKAL KURANGKAN 15 PERATUS TENAGA KERJA, FASA BERJIMAT

Pembuat kereta elektrik Polestar Automotive merancang untuk mengurangkan kira-kira 450 pekerjaan di seluruh dunia, atau 15 peratus daripada tenaga kerjanya.

Menurutnya, rancangan tersebut adalah untuk memberikan kesimbangan di tengah-tengah keadaan pasaran yang mencabar.

Sepanjang tahun lalu, banyak pembuat kereta telah memberi amaran bahawa jangkaan pertumbuhan dalam kenderaan elektrik (EV) akan perlahan disebabkan oleh permintaan lemah, potongan harga yang tinggi dan isu rantaian bekalan.

“Sebagai sebahagian daripada rancangan perniagaan, kami perlu melaraskan saiz perniagaan dan operasi kami.

“Ini melibatkan pengurangan perbelanjaan luar dan, malangnya, juga bilangan pekerja kami,” kata jurucakap Polestar.

Syarikat itu pada awal Januari berkata ia terlepas sasaran 2023 yang disemak semula kerana inflasi tinggi, permintaan rendah dan perang harga dicetuskan oleh Tesla.

Google ads
Back to top button