Buletin

LIVE2DRIVE SELAMAT TIBA DI JERMAN, 22,000 KM DENGAN VOLKSWAGEN BUS DAN BEETLE TUA!

Ini mungkin antara perjalanan rentas benua paling jauh pernah dibuat oleh kereta klasik Volkswagen dari Malaysia. Live2Drive membuktikan semangat juang tinggi memungkinkan mereka merentas 20 buah negara dengan kereta tua bukanlah sesuatu yang mustahil.

Misi ini bermula pada bulan Mac lalu mengambil laluan sejauh 22,000 kilometer dengan merentasi 20 buah negara seperti China, Mongolia, Trans-Siberia highway, Eropah dan berakhir di daerah Hessisch Oldendorf, Jerman. Matlamatnya? Vintage Volkswagen Show, pameran kereta vintaj Volkswagen terbesar di dunia.

BACA: MEMANDU DARI HONG KONG KE MALAYSIA UNTUK KE PAMERAN RETRO HAVOC!

Ia dianjurkan oleh lima peserta yang menggunakan tiga buah VOlkswagen Combi dan sebuah Beetle. Cliften Nathaniel memandu Combi Type 2, Terence Moses memandu Volkswagen T1, Stephen Pang T1 sementara Monica Xavier dan Udhaya Kumar berkongsi sebuah Beetle.

Perjalanan ini juga mencatat sejara di mana mereka turut berkesempatan melawat Hannover, kilang yang mengeluarkan VW bus. Apa yang lebih menarik, mereka dikatakan kereta persendirian pertama di dunia yang dipandu semula ke kilang tersebut!

Antara tujuan lain perjalanan ini ialah merentasi negara dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk setempat. Konvoi ini bukan lah perjalanan rentas benua kali pertama malah lima orang krew ini berpengalaman lebih 10 tahun di sekitar Asia Tenggara.

SUMBER #LIVE2DRIVE

Google ads
Back to top button