Buletin

FIRMA DIDI DARI CHINA MAHU BANGUNKAN KENDERAAN KHUSUS UNTUK KEGUNAAN RIDE-HAILING DENGAN PENGELUAR KENDERAAN

Didi atau nama penuhnya Didi Chuxing ialah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan ala GRAB di Malaysia dan mereka merupakan firma seumpamnya yang terbesar di China. Mereka kini dalam usaha untuk menarik minat pengeluar kenderaan dan alat ganti untuk bekerjasama menghasilkan kenderaan khusus untuk kegunaan mereka.

Perkhidmatan rid-hailing ini mula mendapat perhatian dan merupakan cabaran kepada pemilikan kereta secara tradisional di bandar-bandar yang padat seperti Beijing dan Shanghai. Ini sekaligus membuka ruang kepada perkhidmatan seumpama ini berkembang. Siapa nak pandu kereta sendiri kalau jalan asyik jem kan?

Sumber dalaman Didi menyatakan yang perubahan ini membuka lembaran kerjasama baru antara pemain baru seperti mereka sendiri dan pemain lama iaitu pengeluar kenderaan.  Untuk itu keduanya harus bekerjasama untuk membangun dan memajukan perniagaan konsep baru berasaskan automotif ini.

Pengeluar kenderaan tradisional mempunyai kemahiran dan pengetahuan kehendak pasaran dan ia adalah amat berguna untuk Didi, ini diakui oleh Kevin Chen, pengurus besar Didi dalam satu temuramah dengan Reuters.

Didi merupakan syarikat seumpamanya yang terbesar di China dan telah mendominasi pasaran bila membeli operasi Uber di China pada tahun 2016. Mereka kini dalam rancangan memperkenalkan sistem perkongsian kereta dan perkhidmatan pengangkutan berdasarkan permintaan.

Walaupun kini mereka menggunakan kereta penumpang biasa dalam operasi, mereka juga dalam proses untuk menghasilkan kereta lain yang lebih khusus dan sesuai dengan kegunaan mereka. Penganalisa mengatakan ia kemungkinan ialah kenderaan elektrik sama ada menggunakan bateri ataupun hibrid elektrik plug-in.

Didi belum memaklumkan sebarang perbincangan mereka dengan mana-mana syarikat pengeluar kereta tetapi beberapa sumbe menyatakan syarikat yang bakal dipilih kemungkinan besar ialah CHJ Automotive ataupun GAC Motor yang telah memulakan perusahaan kereta elektrik China.

BACA: APA IMPLIKASI GABUNGAN GRAB DAN UBER? PEMANDU GRAB INI KONGSI PENGALAMAN BELIAU

Firma Didi sendiri sudahpun mempunyai sebuah pasukan pereka automotif, jurutera, kawalan kualiti dan pakar bateri mereka sendiri. Mereka ditugaskan untuk membangunkan kenderaan khusus untuk kegunaan perkhidmatan mereka.

Para jurutera dan pereka Didi akan membangunkan kenderaan yang berbeza dengan kenderaan penumpang masa kini. Contohnya menurut mereka, sarat dengan pelbagai ciri yang membolehkan kereta bergerak selaju 250 km/j. Kereta yang dihasilkan khusus untuk kegunaan mereka tidak perlukan teknologi sebegitu.

Begitu juga dengan prestasi enjin dan aerodinamik. Ia tidak begitu penting kerana pengguna Didi hanya mahukan kereta yang selesa untuk satu ataupun dua penumpang untuk ke tempat kerja mahupun membeli belah.

Google ads
Back to top button