Modifikasi

GAYA MUSCLE MITSUBISHI GTO

Selalunya kita tengok Olskool ialah Toyota KE70. Memang lama betul KE70 mendominasi industri. Sebab itu juga kita sedar yang dulu KE70 memang laku kan?

Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (11)

Kereta yang dikeluar pada tahun 1980-an dan masih menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang. Lihat dari persepektif hari ini, kita akan berasa kagum. Padahal masa zamannya dahulu ia dianggap kuno sebab tak beralih ke pacuan roda hadapan.

Zaman lama sebelum KE, wujud kereta yang niche macam Mitsubishi GTO ini. Memang perlu akui bahawa kereta ini popular langsung. Berapa buah sahaja orang nak restore dan pemiliknya berumur sebaya adik-adik saya.

Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (18)

Pemilik kereta ini ialah Rashid Mazlan. Jentera ini telah diubah suai dengan lengkap mengikut terma seorang pengikut kereta olskool lah semestinya. Sebuah kereta yang lejen macam ini memerlukan pemerhatian yang lebih. Selain berdoa supaya tak ada mat rempit buat kelakar sondol lampu belakang atau cermin tepi. Masak nak cari alat ganti kereta ini.

Enjin SR20DET dipilih menggantikan enjin asasl. Enjin-enjin model pancitan bahan api turbo bukan sahaja laju. Malah berkuasa, tahan lasak dan senang dijaga. Sekali pusing kunci hidup, walaupun diparking saja-saja sebulan. Cuba enjin ori, jenuh nak pancing minyak sekejap plug basah lah, petrol tak naik lah dan bermacam-macam lagi.

Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (16)

Sebaik memasukkan enjin ke dalam bay GTO yang tersedia dengan warna kelabu gelap. Sendat betul nampak SR20, macam V8 pun ada. Barang yang ditambah ialah wastegate 38mm Tial, blow-offf Sheepdog serta sistem ekzos baru yang terdiri daripada paip 2.5 inci saluran terus dan diakhiri peredam bunyi Kakimotor Racing.

Kereta ini juga menerima kotak gear manual daripada SR20DET. Baru saya teringat akronim model GTO ialah Gran Turismo Omologato. Saja-saja je bubuh nama tu saya rasalah. Tapi nama GTO tu sendiri memang sedap disebut. Macam rim GTO, Kawasaki GTO. Korang tau apa harganya sekarang RM4,000 tak lari choiiii!!!

Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (7)

Peningkatan seterusnya ialah set rim Atara Racing 15X9 pisang yang dibalut dengan tayar 205/55r15. Depan Bridgestone dan belakang Yokohama. Kereta ini direndah menggunakan set suspensi Silvia S14. Brek pula dipindahkan daripada Silvia S13 turbo untuk setiap roda.

Bahagian dalaman menjalani proses restorasi penuh gaya klasik moden. Setiap panel pintu serta kerusi dibalut dengan gentian kulit hitam dan oren. Papan pemuka dikemaskan dan dirawat. Semua konsol yang telah dipulihkan nampak seragam dengan warna skala hitam. Aksesori lain yang dipasang ialah roda stereng Nardi dan tombol gear bola snuker jenama apa entah.

Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (15)

Masa kereta ni keluar dulu, ramai yang cakap ia ada unsur muscle car Amerika. Citarasa itu ialah ilham jurutera reka bentuknya, Hiroaki Kamisago. Beliau dihantar oleh Mitsubishi ke Centre College Of Design di Los Angeles, California. Pengaruh itu boleh dilihat dari hood depan yang panjang, gugusan lampu depan, belakang dan hud belakang tinggi.

Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (12)

Apapun, saya rasa untuk zaman moden sekarang, bentuk kereta ni memang mendahului populariti. Maksudnya kalau nak rasa lain sikit, boleh lah cari kereta dan restore sebaik mungkin. Kata orang old is gold. Saya rasa ni mungkin diamond. Saya rasa laa…

GALERI

Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (1)Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (2)Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (4)Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (5)Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (6)Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (10)Mitsubishi-GTO- SR20DET-mekanika  (14)

Google ads
Back to top button