Buletin

FORD FIESTA ST DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Ford hari ini mengumumkan bahawa Fiesta ST akan ditawarkan pada harga RM149,888 seunit. 

Ford-Fiesta-ST-booking-mekanika (5)

Sementara tempahan pra-pelancarannya pula akan dibuka pada acara Asia Klasika kali ke-5 yang berlangsung dari 31 Oktober – 2 November di Pullman Putrajaya Lakeside Resort.

Di gerai pameran Ford, pengunjung boleh memandu uji Fiesta ST. Para pengunjung juga dijemput membuat tempahan pra-pelancaran atau mendaftar untuk menyertai sesi pandu uji ‘Fiesta ST Xperience’ yang akan diadakan tidak lama lagi. Tiga buah model klasik Ford Mustang turut dipamerkan, sekali gus menyerlahkan warisan Ford dalam menghasilkan kereta-kereta sports berprestasi tinggi.

Ford-Fiesta-ST-booking-mekanika (3)

Bakal menjengah bilik-bilik pameran Ford bulan depan, Fiesta ST yang sarat dengan pelbagai ciri itu akan didatangkan dalam tiga warna sporty iaitu oren, biru dan hitam.

“Pengenalan Fiesta ST akan memberikan anjakan dinamik kepada rangkaian model Ford yang kian berkembang di Malaysia,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Ford Motor Company, Malaysia, Veemala Rethinasamy.

Ford-Fiesta-ST-booking-mekanika (6)

Fiesta ST dijana oleh unit enjin EcoBoost 1.6 liter berkuasa 182PS dan tork 240Nm. Ia mampu mencatat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.9 saat.

Dengan kelajuan maksimum 220km/j, Fiesta ST menawarkan rangkaian kuasa yang fokus kepada pemandu, selain suspensi, stereng dan brek yang ditala dengan tepat. Beratnya yang tidak melebihi 1,200kg juga memberikan pengalaman pemanduan Fiesta yang terbaik.

Ford-Fiesta-ST-booking-mekanika (4)

Sejak awal tahun 2013, Ford Fiesta ST telah memenangi 22 anugerah dan menerima pengiktirafan di seluruh dunia. Antara pencapaiannya termasuklah dipilih sebagai kereta terbaik UK (Car of the Year UK) oleh majalah BBC TopGear, Sports Car of the Year (Perancis) oleh majalah Echappement dan terbaharu, Automobile Magazine All-Star (AS) 2014.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ford Fiesta ST baharu dan acara pandu uji ‘Fiesta ST Xperience’, sila layari laman web: www.ford.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button