Buletin

NISSAN NV350 URVAN

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah memperkenalkan Nissan NV350 Urvan (bumbung tinggi) serba baharu, sebuah bas mikro dengan kapasiti 14 tempat duduk.  

nissan-Urvan-mekanika (2)

Nissan NV350 Urvan serba baharumenjadi model gantian Nissan Urvan sedia ada. Ia merupakan antara kenderaan komersial paling laris di Malaysia berikutan sifatnya yang versatil dan boleh dipercayai. Nissan NV350 Urvan kini menawarkan prestasi lebih berkuasa dan menjimatkan bahan api, selain hadir dengan gayaan moden.

“ETCM berbesar hati untuk memperkenalkan Nissan NV350 Urvan serba baharu di Malaysia. Kenderaan komersial pelbagai guna ini menawarkan pengangkutan untuk tujuan perniagaan atau bersiar-siar. Ia kini dilengkapi enjin diesel baharu yang lebih berkuasa dan menjimatkan bahan api.

“Reka bentuknya juga lebih moden, selain selesa dan selamat. Nissan NV350 Urvan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan produk Edaran Tan Chong Motor, Tan Ken Meng.

nissan-Urvan-mekanika (3)

Enjin 2.5L YD25DDTi dengan pengecas turbo yang baru dibangunkan itu memiliki teknologi diesel bersih. Ia dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan. Malah, ahap bunyi bising enjin, getaran dan kekasaran (NVH) Nissan NV350 Urvan telah ditambah baik.

Nissan NV350 Urvan serba baharu mengetengahkan gayaan luaran baharu yang kontemporari dan menarik perhatian. Rekaan itu diintegrasikan dengan gril hadapan krom tiga dimensi baharu yang dipadankan bersama lampu utama.

Melihat ke bahagian dalaman pula, Nissan NV350 Urvan hadir dengan bumbung tinggi, sekali gus memberikan ruang luas untuk proses keluar masuk yang lancar. Sistem pendingin hawa di hadapan dan belakang menawarkan kesan penyejukan yang pantas. Bar penstabil berdiameter besar di bahagian hadapan dan suspensi belakang dengan lejang lebih panjang pula memastikan prestasi pemanduan berprestasi dan perjalanan yang selesa.

nissan-Urvan-mekanika (1)

Kabin Nissan NV350 Urvan serba baharu mempunyai panel instrumen yang moden dan ringkas dengan satu paparan pelbagai fungsi bersaiz 3.5 inci. Ia memaparkan maklumat penjimatan bahan api pada masa sebenar, indikator penukaran gear untuk memberitahu pemandu bilakah mereka perlu menukar gear bagi mengoptimumkan penjimatan bahan api, selain data odometer dan meter perjalanan.

Keselamatan adalah aspek penting dalam reka bentuk Nissan NV350 Urvan. Ia dilengkapi sistem brek ABS (sistem brek anti-kunci), BA (Brake Assist System), Lampu Berhenti yang dipasang pada kedudukan tinggi, Kunci Keselamatan Kanak-kanak dan Zon Binaan Badan (Zone Body Construction). Gabungan semua sistem ini menjadikan perjalanan bukan sahaja selamat, malah selesa.

Nissan NV350 Urvan serba baharu ditawarkan pada harga RM109,800 (OTR dengan insurans), serta jaminan selama tiga tahun atau perbatan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu. Tempahan kini sudah dibuka di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai Nissan NV350 Urvan serba baharu, sila layari laman web: www.nissan.com.my.    

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button