Buletin

UMW TOYOTA MERIAHKAN SAMBUTAN DEEPAVALI

Sempena sambutan Deepavali baru-baru ini, lebih20 orang sukarelawan UMW Toyota Motor membantu 48 orang kanak-kanak daripada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Seribu Harapan, Klang untuk membeli-belah.

UMW-Toyota-Deepavali-mekanika (2)

Acara tahunan ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab korporat sosial (CSR). Di samping memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan kakitangan UMW Toyota Motor.

UMW Toyota Motor telah menganjurkan acara-acara yang melibatkan kanak-kanak di rumah-rumah penjagaan sewaktu musim perayaan sejak tahun 2002 lagi.

UMW-Toyota-Deepavali-mekanika (1)

“Program seperti ini bertujuan memberi mereka kegembiraan. Kanak-kanak ini memang teruja apabila dapat membeli-belah dan memakai baju baharu,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Program ini dimulakan dengan aktiviti membeli-belah sebelum mereka menikmati hidangan di Burger King. Kanak-kanak yang berusia satu hingga 18 tahun itu kemudian turut menerima angpau Deepavali. 

UMW-Toyota-Deepavali-mekanika (3)

“Kami amat berterima kasih atas sumbangan daripada pihak UMW Toyota Motor. Ini kerana kebaikan yang dikongsi dengan kanak-kanak ini cukup bermakna. Ini merupakan kali pertama mereka diberi peluang untuk memilih pakaian yang disukai untuk merayakan Deepavali,” kata Pengerusi Pusat Jagaan Kanak-Kanak Seribu Harapan, M. Muneeswaran.

Turut hadir di program tersebut ialah Pengurus Hal Ehwal Luar, Divisyen Pemasaran UMW Toyota Motor, Puvaneswary Raja Raman.

UMW-Toyota-Deepavali-mekanika (4)

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Seribu Harapan, Klang mengalu-alukan sumbangan untuk membantu para penghuninya. Sila hubungi M. Muneeswaran di talian 010-2457693 atau e-melkan ke [email protected] untuk maklumat lanjut.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button