Buletin

FORD PULA RECALL. LIBATKAN MODEL EXPEDITION, LINCOLN NAVIGATOR DAN F-SERIES SUPER DUTY

Pengeluar kereta Ford sedang melaksanakan dua kempen keselamatan di Amerika Utara berhubung dua isu berasingan melibatkan sejumlah kenderaan keluaran mereka.

Recall pertama melibatkan braket penyandar kepala yang tidak dikimpal dengan baik, kekuatannya mungkin berkurangan sehingga tidak boleh menampung beban sekali gus boleh meningkatkan risiko kecederaan apabila berlaku kemalangan.

Ia melibatkan kira-kira 2,620 unit Expedition dan Lincoln Navigator di Amerika Syarikat, Kanada (159) dan Mexico (19). Model Expedition dibina di Kentucky pada Februari 26 hingga 18 Mac 2020. Navigator pula dihasil di kilang sama bermula 27 Februari dan 16 Mac pada tahun ini.

Dalam pada itu, sebanyak 15 unit trak F-Series Super Duty yang dijana enjin 6.7 liter dan transmisi 10R140 terlibat dalam recall kedua. Kenderaan ini dipasang di kilang di Kentucky dan Ohio.

Trak tersebut dibina menggunakan transmisi torque penukar plat peredam yang tidak tahan haba, sekali gus boleh membuatkan plat tersebut patah.

Apabila ini berlaku, kemungkinan enjin akan terhenti dan pemandu perlu menekan pedal brek dengan kuat untuk memastikan kenderaan berhenti sepenuhnya.

β€œEnjin boleh dihidupkan semula dan kenderaan dapat bergerak apabila pemandu memasukkan gear ke neutral ataupun parkir. Bagaimanapun, enjin boleh terhenti semula apabila menukar gear reverse ataupun memandu.

β€œKenderaan akan terus menunjukkan tanda-tanda ini sehingga ia dibaiki,” kata Ford.

Juruteknik bertauliah akan melakukan pemeriksaan terhadap struktur tempat duduk apabila membuat temu janji dengan pengedar rasmi dan memutuskan sama ada ia perlu ditukar atau sebaliknya.Β 

Ford bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh pemberitahuan kepada pemilik-pemilik kenderaan.- carscoops.

Google ads
Back to top button