Buletin

FORD RANGER 2022 – TAWAR TEKNOLOGI DAN KETERSAMBUNGAN TERMAJU KEPADA PENGGUNA

Ranger generasi baharu merupakan Ranger paling pintar setakat ini yang mahu memperkaya pengalaman pengguna. Ini membolehkan pemilik mengubah kegunaannya sama ada sebagai kenderaan keluarga atau kerja dengan sangat mudah.

Sistem infotainmen SYNC®i 4A generasi baharu, skrin bersaiz besar yang berfungsi seperti telefon pintar dan paparan instrumen digital yang menggantikan kluster analog nyata membawa Ranger melangkaui sempadan tentang apa yang mampu diberikan oleh sebuah trak pikap, menerusi teknologi berpaksikan pelanggan.

Paparan digital

Ranger ini tidak lagi menggunakan kluster instrumen fizikal untuk speedometer. Sebaliknya ia diganti dengan panel instrumen digital lapan inci yang boleh disesuaikan dengan selera pengguna. 

Paparan itu meliputi animasi awal dan akhir nyalaan, speedometer serta tachometer digital. Grafiknya juga memaparkan avatar badan trak yang realistik.

Bergantung kepada varian, pemilik boleh memilih antara tataletak yang memaparkan maklumat seperti teknologi bantuan pemandu, tachometer On/Off dan petunjuk lain. Turut ada ialah ‘paparan tenang’ yang mengeluarkan maklumat tersedia daripada paparan.

Memandangkan Ranger mempunyai mod pemanduan atas jalan dan off-road, paparan panel instrumen ada tema berbeza bagi setiap mod yang dipilih. Ia menawarkan paparan peralihan yang menarik ketika pemandu memilih antara mod tersebut.

Lebih pintar, intuitif dengan SYNC 4A

Nadi kepada teknologi Ranger ini ialah sistem komunikasi dan hiburan SYNC 4A. Sistem itu menawarkan ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto, selain ciri terkini yang menjadikan sistem SYNC 4A mudah dikendalikan.

Skrin besar

Trak pikap ini hadir dengan skrin infotainmen 10.1-inci atau 12-inci yang terbaik dalam kelasnya. Ia menawarkan ciri tetapan pemisah skrin yang boleh disesuaikan dengan panel maklumat yang diinginkan selalu tersedia di bahagian bawah skrin. Ia akan memaparkan maklumat utama seperti tunjuk arah terhubung, telefon pengguna yang disambungkan serta banyak lagi.

Skrin tablet format besar dipilih kerana ia membolehkan paparan tunjuk arah yang lebih tepat. Pada masa yang sama menyediakan ruang di bahagian bawah skrin untuk paparan seperti pendingin dan kawalan hiburan.

Kurang butang, lebih berkemampuan

Kebanyakan kawalan mod pemanduan tradisional telah dialih dari papan pemuka dan konsol tengah ke paparan khusus pada skrin SYNC.

Bergantung kepada varian, dengan hanya menekan satu butang, pemandu boleh pergi ke skrin khusus untuk off-road. Jadi, pemandu boleh memantau sistem pacuan, sudut stereng, kecuraman kenderaan, sudut olengan dan kawalan lain.

Sistem pendingin hawa dan hiburan juga boleh dikawal melalui skrin SYNC menggunakan kawalan fizikal tambahan yang tersedia di bawah skrin untuk larasan pantas dan mudah.

Pandangan keliling

Skrin berkenaan disambungkan dengan kamera 360-darjah untuk memudahkan urusan memarkir kenderaan di ruang parkir sempit atau untuk membantu meninjau permukaan mencabar ketika pemandu meneroka kawasan yang jarang dilalui. 

Sistem berkenaan membenarkan pemandu untuk melihat apa yang ada di depan atau belakang. Selain pandangan dari atas ke bawah di sekitar kenderaan termasuk titik buta untuk lebih yakin.

Brek parkir elektrik

Ranger WildTrak generasi baharu menjadi yang pertama dipasang dengan brek parkir elektrik dalam kelasnya untuk lebih canggih. Perubahan itu bukan sahaja memberikan capaian lebih mudah untuk pemandu, malah memberi ruang kepada sistem bantuan pemandu (ADAS) iii.

Kekal dicas

Ranger generasi baharu membolehkan pelanggan membiarkan telefon pintar mereka dicas tanpa wayar. Pada masa sama disambung kepada SYNC 4A menerusi pelantar pengecas yang terletak di hujung konsol tengah dan serasi dengan teknologi Qi terkini. 

Telefon pintar juga boleh dicas dengan menggunakan wayar yang disambung ke slot USB,soket 12V/240V atau port 150W.

Kuasa penuh

Dengan lebih ramai pemandu menggunakan dash cam, ciri berkenaan turut dipasangkan pada cermin utama melalui port USB. Sambungan Type-A USB menukar kuasa 12V kepada USB 5V dan direka untuk membekalkan kuasa kepada GPS luaran atau dash cam. Ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar, walaupun ia tidak disambungkan kepada sistem SYNC 4A.

Bergantung kepada varian, soket 400W dan 12V ada disediakan di dalam kotak barangan untuk pengguna manfaatkan bagi kerja-kerja DIY di luar.

Cahaya terang

Ranger WildTrak generasi baharu didatangkan khas dengan ciri lampu utama LED Matrix yang pertama dalam segmennya. Lampu berkenaan dilengkapi pelbagai ciri pintar termasuklah penetapan tahap dinamik automatik serta pencahayaan bergantung kepada kelajuan. 

Ia boleh melaraskan kepadatan pancaran lampu di depan kenderaan bergantung kepada kelajuan pergerakan semasa. Lampu utama itu juga menawarkan suluhan statik, dinamik dan lampu tinggi bebas silau yang membantu menyekat cahaya menyilaukan penglihatan pemandu lain.

Sertai siri jelajah Ranger generasi terbaharu

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia akan mempertontonkan Ranger generasi terbaharu di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

Menjelang pelancarannya di bilik pameran, acara pratonton ini adalah sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara melibatkan lima lokasi termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru untuk tempoh lima hujung minggu.

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke acara pratonton akan datang ini dan dekati Ranger generasi baharu dalam siri jelajah berkenaan.

Daftar di laman “Register” ini untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke lokasi berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di FacebookInstagramTwitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.

Google ads
Back to top button