Motosikal

YAMAHA X-MAX 2022 DAPAT WARNA BAHARU MERAH DAN HIJAU MATTE. HARGA NAIK KEPADA RM22,998 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini mengumumkan ketibaan warna baharu untuk skuter maxi popularnya, X-MAX. Jentera itu kini hadir dengan warna merah dan hijau matte. 

X-MAX dengan warna baharu itu sudah mula berada di semua pengedar sah Yamaha bermula 23 Ogos. Jentera itu ditawarkan pada harga RM22,298 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran. 

Ia melibatkan kenaikan sebanyak RM1,000 berbanding RM21,998 ketika HLYM melancarkan model X-MAX facelift pada Mac lalu. 

Skuter berkenaan masih menggunakan enjin bersesaran 250cc yang mampu menjana kuasa 22.5hp pada 7,000rpm dan tork 24.3Nm. Kuasa daripada enjin silinder tunggal SOHC tersebut disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear automatik tali sawat. 

X-MAX 2022 menerima perumah lampu isyarat membelok yang lebih gelap (smoked) dan kunci pintar dengan rekaan baharu. 

Ciri-ciri lain kekal sama. Antaranya, ia masih menggunakan rim bersaiz 15 inci di depan dan 14 inci di belakang. Di samping sistem brek ABS depan belakang, ruang penyimpanan barang yang luas di bawah pelana dan tangki bahan api berkapasiti 13.2 liter. 

 Setiap pembelian akan dihadiahkan dengan kunci cakera Yamaha bernilai RM100.

GALERI

Google ads
Back to top button