Buletin

FORD UMUM PROMOSI HUJUNG TAHUN DAN CNY 2023. PENJIMATAN SEHINGGA 20%

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan promosi hujung tahun dan Tahun Baharu Cina (CNY) bermula 1 Disember 2022 hingga 21 Januari 2023.

Pelanggan akan menikmati penjimatan sebanyak 20 peratus sepanjang tempoh promosi untuk melakukan servis alat ganti terpilih seperti penyerap hentak, pad brek, bendalir brek, bateri, bilah penggilap cermin, hos radiator dan coolant.

Promosi ini sah untuk kenderaan Ford terpilih sahaja dan tidak terpakai untuk kenderaan generasi seterusnya seperti Ranger, Raptor serta Everest baharu.

Semua pemilik Ford perlu mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin percuma yang dijalankan oleh juruteknik bertauliah Ford bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik.

Alat ganti tuken Ford direka khusus untuk kenderaan Ford serta mencapai piawaian kualiti tertinggi bagi memastikan prestasi pemanduan yang unggul. Ia juga didatangkan dengan jaminan selama 12 bulan atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

Untuk jaminan tambahan, semua pusat servis berdaftar Ford dilengkapi kakitangan dan juruteknik serta peralatan diagnostik yang diperakui Ford.

Sebagai tambahan kepada waranti pengeluar lima tahun standard, pelanggan juga boleh mengambil Pelan Waranti Lanjutan Ford (EWP). Ia menawarkan pakej PremiumCare sehingga tujuh tahun perlindungan untuk kos pembaikan tidak terjangka.

Untuk menikmati pakej PremiumCare, pelanggan perlu membeli pakej tersebut sebelum memasuki tahun ketiga pemilikan atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Pelanggan juga boleh memilih Pakej Perkhidmatan Lanjutan Ford (ESP). Melalui ESP, pelanggan boleh membuat bayaran pendahuluan untuk perkhidmatan berjadual sehingga lima tahun. Manfaat utama pakej ini ialah penjimatan dari segi kos kerana ia boleh mengunci harga semasa ketika kos semakin meningkat.

Pelanggan boleh menempah janji temu perkhidmatan di lima pusat servis sah di seluruh negara iaitu di Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching.

Google ads
Back to top button