Buletin

5 SYARIKAT PEMULA MOBILITI BENTANG PROJEK PERINTIS INOVATIF DI CARSOME MOBILITY LAB DEMO DAY

Lima syarikat pemula mobiliti telah membentangkan projek perintis inovatif pada acara CARSOME Mobility Lab Demo Day di McLaren Kuala Lumpur.

Ditubuhkan hasil kerjasama di antara CARSOME dan Sunway Innovation Labs (iLabs), CARSOME Mobility Lab Accelerator Program ialah program yang fokus kepada ekosistem di Malaysia serta ASEAN. Ia bertujuan menyokong aspek inovasi, pembiayaan dan perjalanan penskalaan mereka.

Lima syarikat pemula daripada 40 syarikat yang cemerlang telah disenarai pendek ke pusingan terakhir iaitu:

Selain potensi komersial, syarikat pemula turut menerima pelaburan sehingga AS$25,000 (RM109,862) daripada CARSOME Mobility Lab pada penghujung projek perintis.

Di bawah bimbingan CARSOME dan Sunway iLabs, lima syarikat pemula tersebut mengemukakan cadangan unik dan membentangkan kemajuan mereka kepada CARSOME, pengurusan Sunway, pelabur serta pemimpin industri.

Sepanjang program itu, syarikat pemula yang disenarai pendek diberi akses kepada pelbagai bantuan serta kepakaran.

Antaranya bengkel bimbingan yang dianjurkan oleh usahawan dan pakar industri, dana sebanyak AS$10,000 (RM43,945) sebagai permulaan untuk mengakses acara daripada AWS, kepakaran digital CARSOME, bimbingan atau panduan teknikal daripada Microsoft for Startups Founders Hub, selain akses kepada bakat teknologi daripada Sunway University dan 42KL.

CARSOME komited untuk terus menginovasi ekosistem mobiliti serta bekerjasama dengan syarikat pemula sinergi untuk memacu pertumbuhan perniagaan, mencipta produk baharu dan perkhidmatan, selain mengoptimumkan produktiviti melalui penyepaduan projek dalam Ekosistem CARSOME.

Google ads
Back to top button