Buletin

FOTO HONDA JAZZ BOCOR LAGI. ADA VARIAN TYPE-R?

Sedia maklum bahawa model hatchback kompak popular Honda, Jazz/Fit bakal digantikan tidak lama lagi. Malah, wuud laporan yang menyatakan bahawa Honda akan memperkenalkan generasi baru Jazz pada acara Tokyo Motor Show 2019, Oktober depan. 

Ramai sudah tidak sabar untuk melihat rekaan dan apakah penambahbaikan yang akan diterima oleh model global Honda ini. Terbaharu, timbul sekeping foto yang didakwa sebagai model generasi keempat Jazz. 

Perubahan ketara pastinya pada bahagian hadapan yang hadir dengan profail baharu. Bonetnya kini lebih ke bawah, lampu nyalaan siang (DRL) LED serta sepasang lampu utama yang lebih besar dan berbentuk bulat. 

Penampilannya diserlahkan lagi dengan penggunaan rim berwarna hitam. Di samping garis badan yang elegan    

Apa yang lebih menarik, mungkin ada varian Type-R! Memetik laporan Headlight Mag, Jazz Type-R itu didakwa akan menggunakan enjin 1.5 liter turbo dengan kuasa 220PS dan tork 250Nm.  

Selain pilihan enjin 1.0 liter turbo, 1.5 liter turbo dan hibrid. Terdahulu, kami pernah melaporkan Jazz serba baharu akan dipasang dengan paparan digital seperti yang ada pada Honda CR-V sekarang. 

Biar apa pun khabr angin tentang Jazz ini, tunggu sahaja update daripada kami. 

Tags
Google ads
Back to top button