Buletin

FRAZER-TICKFORD METRO KERETA ASTON MARTIN PALING KECIL DAN RARE UNTUK DILELONG

Aston Martin merupakan pengeluar Britain yang terkenal dengan pembikinan kenderaan-kenderaan mewah seperti DB11 Coupe.

Begitupun, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa terdapat model Frazer-Tickford Metro yang merupakan kereta paling kecil dibangunkan jenama terkenal berkenaan.

Firma lelongan H&H bakal melelong salah satu unit kenderaan rare yang dibangunkan sebanyak 26 unit sahaja tersebut.

Ia dijangka akan dilelong pada harga antara AS$47,230 (RM197,563) sehingga AS$60,725 (RM254,012).

Bahagian luaran Frazer-Tickford Metro mendapat sentuhan warna Cairngorm Brown dan dilengkapi kit sporty, lampu kabus Marchal serta lencana model kenderaan itu.

Ruang dalaman pula, didatangkan kemasan kulit Saddle dan tempat duduk berwarna perang dipadankan karpet Wilton pada lantai kenderaan.

Frazer-Tickford mendapat khidmat enjin 1.3 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 80 hp.

Jentera kecil itu pernah dipamerkan pada Pameran Motor Los Angeles 1982 malah ditempah Wendal ‘Rick’ McBride yang merupakan lelaki bertanggungjawab menamakan De Tomaso Pantera.

Sejarah unik itu dimiliki McBride sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 2013 dan memasuki koleksi peribadi.

Kereta dibangunkan berdasarkan Metro Austin tersebut telah dihantar ke Aston Martin Tickford untuk proses pengubahsuaian kepada Frazer-Tickford.

Sebanyak tiga unit Frazer-Tickford Metro dibikin untuk pasaran Amerika Syarikat (AS). –carbuzz

Google ads
Back to top button