Buletin

GANJARAN SERVIS FORD. BELI BAUCAR RM5, DAPAT DISKAUN SEHINGGA 30%. 1 & 2 SEPT 2020 SAHAJA

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi Servis Berkala yang menyaksikan 1,000 baucar Ganjaran Servis akan dijual selama dua hari (1 dan 2 September 2020) sahaja.

Dengan pembelian baucar Ganjaran Servis cuma RM5 dan sah digunakan selama 18 bulan dari tarikhpembelian, ia menawarkan potongan sehingga 30 peratus. Baucar Ganjaran Servis ini boleh dibeli di mana-mana pusat servis berdaftar dan sementara stok masih ada.

Pelanggan akan mendapat potongan sebanyak 10 peratus bagi minyak enjin untuk servis pertama, 20 peratus (servis kenderaan kedua) dan 30 peratus bagi servis ketiga. Hanya alat ganti tulen dari pengeluar digunakan untuk memastikan jaminan kualiti dan keyakinan para pelanggan.

Semasa ketiga-tiga servis berkala tersebut, pelanggan boleh menikmati diskaun 10 peratus untuk penapis minyak pelincir, penapis bahan bakar dan bilah pengelap. Selain potongan 10 peratus untuk upah kerja. 

Pelanggan yang mempunyai baucar Ganjaran Servis juga boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma. Penebusan baucer itu sah di mana-mana pusat servis Ford berdaftar dan perlu dikepilkan setiap kali tiga servis berkala itu dilakukan.

Pelanggan boleh menempah temujanji servis secara dalam talian dengan melayari www.sdacford.com.my dan menekan butang ‘Book a Service’, pilih model kenderaan, lokasi negeri dan pusat servis yang dikehendaki daripada senarai ‘drop-down’.

Pelanggan kemudian perlu lengkapkan butiran seperti nama, nombor telefon untuk dihubungi dan nombor pendaftaran kenderaan. Pengesahan temujanji akan dihantar melalui emel.

Tempahan slot temu janji e-Service pada masa sebenar kini ditawarkan di tujuh pusat servis Ford yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia melibatkan Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau. Pelanggan digalakkan menempah servis berkala satu bulan lebih awal.

Untuk menempah janji temu e-Servis untuk kenderaan Ford anda, layari: www.sdacford.com.my/book-a-service-form.

Maklumat lebih lanjut bagi promosi 2-hari ‘Ganjaran Servis’, sila layari: www.sdacford.com.my.

Google ads
Back to top button