Motosikal

GAYA KLASIK FANTIC CABALLERO 500

Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar nama Fantic Motorcycles. Tetapi anda pasti bersetuju bahawa dua model 500cc keluarannya memang menarik.

Membawa rekaan jentera seksi Itali kepada segmen yang didominasi oleh astetik motosikal Amerika, Fantic Caballero 500 street tracker dan scrambler menyerlahkan penampilannya yang elegan.

fantic-caballero-500-street-tracker-mekanika-2

Fantic Caballero 500 digerakkan oleh enjin silinder tunggal empat lejang bersesaran 449cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 43hp. Fantic Caballero 500 scrambler hadir dengan rim bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang. Manakala model street tracker pula menggunakan rim bersaiz 19 inci untuk kedua-dua rodanya.

Casis dihasilkan dengan gaya lama. Kerangka tulang belakang diperbuat daripada besi chromoly yang dipadankan dengan lengan ayun aluminium yang sedikit moden. Forks jenis terbalik (upside down) di hadapan dan monoshock di belakang itu boleh dilaras sepenuhnya.

fantic-caballero-500-scrambler-mekanika-2

Ciri lain termasuklah ekzos daripada Arrow yang dipasang agak tinggi, tangki berkapasiti 15.1 liter dan kotak gear enam kelajuan.

Pendek kata, Fantic Caballero 500 menawarkan sebuah jentera vintaj yang asas bersama beberapa sentuhan moden. Motosikal era 1970-an tidak pernah kelihatan secantik ini, terima kasih Fantic!

Google ads
Back to top button