Motosikal

MERIAH SUNGGUH KONVOI ULANG TAHUN KE-70 VESPA!

Petang tadi, saya berpeluang untuk turut serta dalam konvoi sempena sambutan ulang tahun Vespa yang ke-70. 

Konvoi yang melibatkan hampir 550 buah Vespa pelbagai model dan varian itu bermula dari Naza Mall di Petaling Jaya menuju ke pusat membeli-belah Publika, Damansara.

vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-7

Boleh dikatakan bahawa ini merupakan konvoi dan perhimpunan Vespa terbesar di Malaysia. Peserta datang dari seluruh negara, seperti Johor dan sejauh dari Pulau Pinang. Memang meriah betul dan boleh rasa geng-geng Vespa ni memang sporting dan peramah. Memang dapat ramai juga kawan baru.

Jarak perjalanan tidak lah jauh. Tetapi dengan adanya polis pengiring dan marshal daripada Vespa Malaysia yang berpengalaman, perjalanan dapat dilaksanakan dalam keadaan lancar dan selamat.

vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-13

Di Publika,  pengedar dan pengimport tunggal Vespa di Malaysia, Naza Premira ada mempamerkan enam varian vespa yang baru. Model itu merangkumi tiga model Ulang Tahun ke-70 (Vespa GTS, Vespa PX dan Vespa Primavera).

Selain dua model 2016 yang telah dinaik taraf iaitu Vespa Sprint ABS dan Vespa Primavera ABS, serta Vespa Sprint Adventure.

vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-16

Ketiga-tiga model istimewa Ulang Tahun ke-70 itu hadir dalam warna biru muda (Azzuro). Tempat duduknya dibalut kulit berwarna coklat bersama sulaman logo Ulang Tahun ke-70. Ia juga dipasang dengan carrier belakang berwarna krom dan dilengkapkan bersama beg kulit berwarna coklat. Memang stailo habis.

Vespa GTS ditawarkan pada harga RM18,500 seunit. Manakala Vespa PX berharga RM26,000 dan Vespa Primavera RM16,488. Bagi model Vespa Sprint ABS, ia berharga RM15,888 seunit dan Vespa Primavera ABS (RM15,888). Vespa Sprint Adventure pula boleh anda miliki pada harga RM17,000 seunit. 

vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-14

Barisan Vespa yang ada itu memang menarik. Tetapi, dua orang rakan karib dari Kelab Vespa Johor nyata menarik lebih banyak perhatian. Abang AC (kiri) dan abang Embok masing-masing mengenakan seragam polis tahun 1946 dan 1960-an.

“Baju polis ini ialah pakaian seragam yang dipakai oleh anggota polis Bukit Kepong. Topi keledar dan visor ni pun original,” kata abang AC sambil saya asyik melihat logo polis dan material keras pada topi keledar berkenaan.

Boleh tahan ramai yang nak ambil gambar bersama. Dah jadi macam selebriti. Kalau nak tahu, seragam itu bukan replika, tetapi ia merupakan pakaian asal yang dikumpul oleh AC dan Embok. memang cool habis!

vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-1

Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, para hadirin dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Amy Search. Lebih menarik lagi, mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik untuk cabutan bertuah.

Hadiah paling best? Sebuah Vespa S125! Fuh… Memang rugi la siapa yang tak datang tu…

GALERI

vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-3vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-4vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-10vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-5 vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-12 vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-15 vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-17

Google ads
Back to top button