Buletin

GEELY JADI PELABUR UTAMA FARADAY FUTURE. AMBIL PERANAN PENGILANG KONTRAK MODEL FF91

Geely dan syarikat pembuat klac milik kerajaan negeri Zhuhai tampil untuk membantu pengeluar kereta elektrik Faraday Future (FF) yang diasaskan oleh taikun China, Jia Yueting.

Sebanyak 30 pelabur institusi dari China, Amerika Syarikat dan Eropah dilapor telah melabur sebanyak AS$1 bilion (RM4 bilion), berikutan FF dijangka memiliki nilai AS$3.4 bilion apabila menjadi sebuah syarikat milik awam.  

FF dan Property Solutions Acquisition Corp (PSAC), sebuah syarikat pemerolehan baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan bergabung menjadi satu entiti untuk membiayai produksi FF91, kereta elektrik mewah yang dilancarkan oleh FF pada tahun 2017.

Kedua-dua syarikat itu tidak mendedahkan nama para pelabur. Tetapi Geely Holding Group dipercayai menjadi antara pelabur utama. Tiga OEM utama China juga menjadi pelabur utama FF.

“Faraday Future ialah sebuah syarikat kereta elektrik yang unik dan berbeza dengan prospek pertumbuhan signifikan pada masa depan.

“Kami percaya pasukan pengurusan yang diketuai oleh dr. Carsten Breitfeld akan membolehkan Faraday Future mencapai potensi pertumbuhan sebenarnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PSAC, Jordan Vogel.

Sumber memberitahu Geely akan diberi peranan sebagai pengilang kontrak FF91.

Start-up yang berpangkalan di Los Angeles itu ditubuhkan oleh Jia pada tahun 2014 oleh Jia dengan matlamat mencabar Tes.

Ia merancang untuk melancarkan FF91 pada tahun 2019, tetapi rancangan itu terpaksa ditangguhkan beberapa kali kerana berdepan masalah kewangan.  

Google ads
Back to top button