Buletin

GEELY JUAL KERETA SECARA ONLINE. HANTAR KERETA DEPAN RUMAH

Geely telah melancarkan satu perkhidmatan yang membolehkan pelanggan untuk membeli keretanya secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah mereka. 

Langkah itu diambil berikutan jualan yang merudum teruk akibat penularan wabak COVID-19 dan pengguna tidak mahu pergi ke bilik pameran kenderaan. 

Pelanggan boleh menempah dan memilih kereta yang mereka inginkan di laman web. Geely juga ada menawarkan sesi pandu uji di mana pelanggan boleh memandu kereta bermula dari rumah mereka.

Seorang pegawai kanan Geely, Victor Yang memberitahu pembelian menerusi dalam talian ini memberi pengalaman baru buat pelanggan.

Sejak beberapa minggu lalu, pengeluar kenderaan lain seperti Tesla, BMW dan Mercedes-Benz juga dilihat rancak mempromosikan produk mereka di dalam talian. Wabak COVID-19 yang masih tidak menampakkan tanda-tanda untuk pulih menyebabkan pengguna mengelakkan diri daripada pergi ke lokasi tumpuan ramai. 

Setakat ini, COVID-19 telah membunuh 2,236 orang dan menjangkiti lebih 754,000 mangsa di China. Penularan virus itu nyata menjejaskan aktiviti perniagaan dan pergerakan orang ramai. 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, jualan kenderaan di China jatuh 92 peratus sepanjang dua minggu pertama  Februari 2020.

Tags
Google ads
Back to top button