
GEELY PERKENAL JENAMA BAHARU ‘MILKY WAY’ – TAWAR MODEL EV DAN PHEV SAHAJA
Geely memperkenalkan jenama baharu dengan nama unik iaitu ‘Milky Way’. Ia akan terdiri daripada model EV dan PHEV yang berharga sederhana hingga tinggi.
Jadi, ia tidak akan bersaing dengan kenderaan Livan berharga rendah, Geometri berharga sederhana, atau kenderaan mewah Zeekr.
Harus ingat bahawa Geely ialah salah satu pengeluar kereta China terbesar yang memiliki Volvo dan Polestar.

Namun, pengguna di China sering mengatakan Geely Auto ketinggalan di belakang dalam trend pembuatan EV.
Untuk mengejar beberapa syarikat terkemuka, Geely mula melancarkan jenama NEV (Kenderaan Tenaga Baharu) baharu seperti Geometry, Livan, Zeekr dan terkini Milky Way.
Nama Milky Way adalah terjemahan dari bahasa Cina iaitu ‘银河’ (Yinhe) namun terjemahan paling tepat untuk Yinhe adalah Milky Way, walaupun ada yang lebih gemar menggelarnya sebagai ‘Galaxy’.
Ia merangkumi dua hieroglif, iaitu ‘银’ (Yin,Perak) dan ‘河’ (Sungai). Walau bagaimanapun, nama rasmi antarabangsanya hanya akan diumumkan kemudian.
Pada Januari lalu, laporan mengatakan jenama baharu itu akan menawarkan sedan EV dan plug-in serba sporty dengan dimensi panjang kira-kira 4,900mm. Sedan itu akan mendapat sentuhan seni bina baharu dari Geely, ini bermakna Milky Way tidak akan dibina atas platform SEA.
Semasa pengenalan jenama tersebut, Geely turut menyiarkan beberapa imej acah termasuk imbasan reka bentuk luaran dan perincian bahagian dalaman.
Model itu dilengkapi lampu depan LED nipis dan bampar besar. Tetapi dari segi teknikal, ciri tersebut masih belum didedahkan oleh Geely.
Pastinya media serta pelanggan tidak sabar dengan perincian lebih lanjut mengenai Milky Way. Menurut Geely, ia dijangka dilancarkan pada 23 Februari.
- BACA: GEELY, HONDA, VW DAN LAND ROVER JALIN KERJASAMA DENGAN ALIBABA GROUP HOLDING DAN KERAJAAN. ATASI MASALAH ALAT GANTI TIRUAN DI CHINA
- BACA: GEELY DAN RENAULT RANCANG TUBUH SYARIKAT, DIJANGKA BEKAL ENJIN KEPADA PROTON!
- BACA: KISAH ‘V PLAN’ PEMILIK GEELY, LI SHUFU. JAWAPAN ‘I LOVE U’, BOLEHKAN DIA BELI VOLVO
- BACA: PROTON HANTAR 16 KAKITANGAN KE INSTITUT PENYELIDIKAN GEELY SELAMA 6 BULAN






