Buletin

TUKAR TAYAR GOODYEAR ASSURANCE TRIPLEMAX 2 – MENANG KERETA HONDA & BEKALAN TAYAR 10 TAHUN

Bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2019, Goodyear Malaysia telah menganjurkan kempen promosi Ramadan Raya 2019 yang menyaksikan hampir 4,000 penyertaan diterima dari seluruh negara. 

Dalam banyak-banyak penyertaan ini Shamsuddin Abdul Jalil dipilih sebagai pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah utama berupa sebuah Honda Ciry dan bekalan tayar selama 10 tahun.  

Kempen tersebut dianjurkan untuk mendidik orang ramai agar terus selamat di atas jalan raya dengan menggantikan tayar yang sudah haus dengan tayar jenama terkemuka. Penggantian tayar memang penting terutama ketika melalui perjalanan jauh semasa musim perayaan. 

Inisiatif itu nyata selari dengan kebimbangan yang dikongsi oleh Kementerian Kerja Raya mengenai keselamatan jalan raya apabila ia mendedahkan bahawa hampir 10,000 kemalangan berlaku kerana tayar celup. 

“Kepentingan kereta yang selamat dan tayar tidak boleh diambil ringan. Atas sebab ini, kami telah komited dalam menggalakkan keselamatan di jalan raya di seluruh dunia dengan memantau keadaan tayar anda. Kami harap kempen promosi Ramadan Raya 2019 memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk membeli tayar baharu sempena Hari Raya. 

“Di samping menyebarkan kesedaran tentang bila dan bagaimana untuk menukar tayar kenderaan anda,” kata Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Chee Lip Choon. 

“Saya masih rasa tidak percaya menang kereta dan sangat berterima kasih kepada Goodyear. Tidak sangka amalan menukar tayar yang sudah haus dengan Goodyear Assurance TripleMax 2 memberikan hadiah begitu lumayan,” kata Shamsuddin. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.goodyear.com.my or www.facebook.com/GoodyearMalaysia/

Google ads
Back to top button