Buletin

GOODYEAR RECHARGE. BUNGA TAYAR BOLEH TUMBUH SENDIRI. SIHIR APAKAH INI?

Tayar akan haus. Itulah hakikat yang tidak boleh diubah sampai bila-bila. Apabila kereta dipandu, permukaan jalan akan membuatkan tayar kenderaan semakin nipis dan ia perlu diganti.

Sebab itulah pengeluar tayar sentiasa berinovasi untuk menghasilkan tayar yang lebih tahan lama. Kini, Goodyear tampil dengan satu konsep tayar yang paling pelik setakat ini.

Dikenali sebagai reCharge, tayar itu terdiri daripada kompaun terbiodegrasikan (biodegradable) dengan gentian kukuh yang diinspirasikan daripada sutera labah-labah.

Inovasi terbaharu itu didakwa membolehkan bunga tayar tumbuh sendiri. Ya, memang sangat pelik!  

Sutera labah-labah digunakan kerana ia merupakan material paling kukuh. Sekali hus membolehkan bunga pada tayar Gioodyear reCharge boleh dibiodegrasikan sepenuhnya tanpa menjejaskan aspek ketahanannya.

Setiap kompaun bunga yang dihasilkan diadun secara sendiri berdasarkan kepada prestasi unik kenderaan. Selain mengambil kira aspek musim cuaca, rantau geografi dan gaya pemanduan yang diadun oleh kepintaran buatan.  

“Goodyear mahu tayar menjadi penyumbang lebih besar dalam memenuhi keperluan mobiliti pelanggan yang spesifik. Sebab itulah kami menghasilkan tayar reCharge ini,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Goodyear Eropah, Mike Rytokoski.

Getah tayar itu diperbuat dariapada kerangka wayar yang nipis dan ringan. Bukannya ruang kosong yang diisi oleh mampatan angin seperti di dalam tayar konvensional.

Biarpun ia kedengaran mustahil sekarang, namun idea itu cukup menarik. Bayangkan kita perlu menukar tayar sampai bila-bila. Tetapi, menurut Goodyear, tayar ini mungkin khas untuk kereta elektrik sahaja.

Google ads
Back to top button