
MERCEDES-BENZ DEDAH ‘LITTLE G’ DI IAA MUNICH 2023
Mercedes-Benz baru-baru ini mendedahkan model baharu yang digelar sebagai ‘Little G’ di acara pengenalan model Concept CLA-Class bertempat di IAA Munich 2023.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Ola Källenius, mengesahkan bahawa model berkenaan kini dalam Pembangunan.
Walau bagaimanapun, tiada pendedahan mengenai ketibaan model tersebut di pasaran, tetapi memandangkan ia masih dalam versi konsep, kita setidaknya perlu sekurang-kurangnya beberapa tahun lagi.

Media asal Jerman, Handesblatt sebelum ini melaporkan bahawa ‘Little G’ bakal dilancarkan pada tahun 2026 dan ia dibina berdasarkan platform MMA yang sama digunakan pada Concept CLA-Class.
Selain digunakan untuk kereta elektrik, platform MMA juga direka untuk kenderaan enjin pembakaran juga.
Tahun lepas, Christoph Starzynski, naib presiden pembangunan Mercedes-Benz memberitahu kompromi akan dibuat pada bahagian ICE dan bukannya EV semata-mata.
Tambahnya lagi, ‘Little G’ juga bakal ditawarkan dengan rangkaian enjin pembakaran dalaman.
- BACA: BYD FANGCHENGBAO SF. 680HP, MAHU BERSAING DENGAN MERCEDES G-CLASS
- BACA: MERCEDES E-CLASS 2024 BAKAL DILANCARKAN TAHUN INI, MBUX SUPERSCREEN, 375HP, HARGA SEKITAR RM267K
- BACA: TERINGIN MERCEDES G-CLASS TAPI TAK MAMPU? ORDER SAJA BAIC BJ80 NI
- BACA: MERCEDES-BENZ E-CLASS 2024 ADA KAMERA SELFIE, MBUX SUPERSCREEN, APLIKASI TIKTOK



