Buletin

TOYOTA TAK KISAH ADA 2 JENAMA PRESTASI, TRD & GAZOO RACING

Selama 40 tahun, Toyota Racing Development atau TRD menjadi divisyen prestasi tinggi Toyota. Inilah syarikat yang perlu anda cari sekiranya ingin membuatkan kenderaan Toyota lebih sporty.

Namun, monopoli TRD kelihatan seakan-akan berakhir pada tahun 2017 apabila Toyota tampil dengan jenama Gazoo Racing atau GR. GR juga semakin popular apabila sering dikaitkan dengan model berprestasi tinggi seperti Supra dan terkini GR Yaris.

Secara tiba-tiba, TRD tidak lagi dipedulikan. Tetapi, Naib Presidan Pemasaran Kumpulan Toyota, Ed Laukes berpendapat kedua-dua sub-jenama itu perlu wujud di pasaran Amerika Syarikat.  

Menurutnya, TRD dan GR masih mempunyai banyak ruang untuk terus berkembang. “Kedua-dua jenama ini boleh wujud bersama. Pengguna di AS sukakan TRD dan memiliki sejarah yang panjang di sini,” katanya.

Tetapi, adakah ia akan mengelirukan pembeli? Jawapannya, tidak. Ini kerana terdapat perbezaan ketara di antara mereka.

Jika TRD berfungsi untuk menambah baik kenderaan sedia ada Toyota, model-model GR pula lebih bersifat bespoke (tempahan khas) dan jauh berbeza dengan jentera standard Toyota.

Sebagai contoh, Yaris biasa dan GR Yaris. Kan banyak bezanya.

Google ads
Back to top button