Buletin

TOYOTA TJ CRUISER BAKAL MUNCUL MEI 2020. 3 PILIHAN ENJIN, 2WD & AWD

Model produksi Toyota TJ Cruiser, jentera konsep separuh van dan separuh SUV yang melakukan debut pada tahun 2017 dijangka dipertontonkan kepada umum Mei depan. 

Menurut media Jepun Best Car, Toyota didakwa bersetuju untuk menghasilkan TJ sejak tahun lepas lagi. Pada ketika itu, TJ mungkin diperkenalkan pada Oktober 2019, tetapi gagal direalisasikan. 

Jentera baharu itu akan mengekalkan rekaan asas model konsepnya. Namun, pakej dan material dikatakan sangat berbeza. Sejauh mana perbezaannya masih belum dapat dipastikan. Apa yang pasti, model kensep TJ mempunyai banyak ciri menarik. 

Antaranya ialah tempat duduk boleh lipat, cat tahan calar, ruang kargo luas dan pintu gelongsor sisi yang besar. Toyota juga mungkin akan menawarkan model itu dengan pilihan konfigurasi dua dan tiga baris tempat duduk. 

Terdapat tiga pilihan enjin untuk TJ iaitu 1.8 liter, 2.0 liter atau 2.5 liter hibrid yang semuanya dipadankan dengan kotak gear CVT. Pacuan roda hadapan atau semua roda yang diambil daripada RAV4 akan digunakan.  

Setakat ini, tiada berita yang mengesahkan Toyota bakal menawarkan TJ ke luar pasaran Jepun. Model JDM je ni.. 

Tags
Google ads
Back to top button