
KEANU REEVES BAKAL BERLUMBA DALAM TOYOTA GR86 CUP – BOLEH MENANG KE JOHN WICK?
Aktor berstatus mega The Matrix dan John Wick bakal sertai perlumbaan di Indianapolis Motor Speedway. Kita tahu Keanu Reeves ni memang seorang pelakon yang handal tapi boleh ke beliau menang dalam perlumbaan Toyota GR Cup ni?

Ini bukan kali pertama Reeves menyertai perlumbaan dan beliau ada memuatnaik beberapa keratan video tentang percubaan beliau untuk memasuki dunia perlumbaan tapi tidak mengulas dengan lebih lanjut.
Reeves pernah membuat dua kemunculan dalam dua perlumbaan sebelum ini. Acara perlumbaan selebriti di Long Beach pada tahun 2009 dan 2010. Beliau menang dalam kategori selebriti tahun 2009 tapi tidak berjaya mendapat tempat yang baik dalam kelas Pro tahun berikutnya. Kira ada la jugak pengalaman berlumba walaupun tak sehebat juara rali Mentakab.

Kira percubaan beliau dalam GR Cup ini merupakan langkah terbesar yang pernah diambil Reeves. Acara ini sangat kompetitif dan setanding dengan Global MX-5 Cup dan Michelin Pilot Challenge.
Kereta yang akan digunakan ialah Toyota GR86 produksi yang disediakan khas untuk perlumbaan. Ia lengkap dengan tranmisi sequential, sangkar keselamatan, suspensi perlumbaan dan tayar slick Continental. Kesemua kereta yang bertanding dihasilkan oleh Toyota North Carolina.
Cuma kali ini ia bukan acara perlumbaan selebriti. Boleh ke Reeves menang dalam acara professional ni. Takkan tak boleh? Ini John Wick tau bukan John Johnny Jonathan. Reeves pun seorang peminat kereta dan motosikal tegar dan mempunyai jenama motosikal sendiri.

