Buletin

LEGENDA RALI NEGARA KARAMJIT NAK BELI KERETA BUAT GRAB, TERPAKSA JUAL KERETA SENDIRI

Legenda rali negara, Karamjit Singh ingin menjual kereta Proton Waja miliknya pada harga RM7,500 untuk memulakan kerjaya sebagai pemandu Grab.

Dalam hantaran laman Facebook, Karamjit Singh, dia memberitahu ingin membeli Proton Saga Manual kerana kenderaannya sudah lama dan tidak sesuai digunakan untuk perkhidmatan Grab.

“Hi semua, saya ingin menjual kereta harian peribadi. Saya ingin menjual kerana ingin memandu “kereta Grab” dan kereta saya terlalu lama untuk tujuan tersebut.

“Justeru, saya ingin membeli Proton Saga Manual baharu. Tolong memaklumkan perkara ini. Terima Kasih,” kata hantaran itu.

Selain itu, juara sebanyak tiga kali bagi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan mendapat gelaran juara dalam Kejohanan Rali Dunia bagi Production Car 2002 (PWRC) turut memberi spesifikasi kenderaan yang ingin dijual terbabit.

Ia merupakan Proton Waja model 2004 dengan transmisi manual mendapat khidmat enjin Mitsubishi.

Kenderaan tersebut dilengkapi kamera di bahagian depan dan belakang bernilai RM700. Kamera belakang juga akan bertindak sebagai kamera apabila mengundur kenderaan.

Sesiapa yang ingin mendapatkan jentera legenda ini bolehlah menghubungi Karamjit melalui Facebooknya. – FB Karamjit Singh

GALERI

Google ads
Back to top button