Buletin

STERENG TERCABUT KETIKA PANDU KERETA UBER

Seorang penumpang perkhidmatan e-hailing berdepan detik cemas apabila stereng kereta yang dinaikinya tercabut. 

Dalam satu klip video berdurasi 17 saat, kelihatan pemandu wanita itu cuba untuk membetulkan semula stereng keretanya yang tercabut ketika dalam perjaanan. Kereta yang dipandu itu dipercayai sebuah Land Rover LR2. 

Tidak banyak maklumat didedahkan mengenai insiden ini selain daripada uia dikongsi oleh pemilik akaun shawndagoat yang tinggal di georgia, Amerika Syarikat. “Stereng kereta pemandu Uber saya bercabut,” tulisnya sambil diikuti oleh tiga emoji menangis.   

“Dia tidak akan mendapat tip atau bintang. Anda oleh turunkan saya sekarang puan. Dia memandu sebuah Land Rover,” tulisnya dalam satu hantaran lain. 

SUV itu turut dikenali sebagai Freelander 2 di beberapa pasaran berbeza. Rupa-rupanya, kebanyakan kenderaan Land Rover, termasuklah Evoque buatan tahun 2012 hanya menggunakan satu skru untuk mengikat stereng dengan kolumnya. 

Dalam satu maklum balas kepada shawndagoat, Uber dilapor sedang meneliti kejadian tersebut. “Hello shawndagoat. Isu keselamatan ini telah mendapat perhatian kami. Di Uber, kami mengambil berat aspek keselamatan dan kami mahukan perincian mengenai perjalanan ini. 

“Sila kongsikan nombor telefon dan maklumat perjalanan anda melalui DM,” tulis Uber. 

Uber bagaimanapun masih belum mengesahkan sama ada kenderaan itu sebahagian daripada perkhidmatannya atau tidak. 

Google ads
Back to top button