Motosikal

BENDA BD999 GUNA SUMBER AIR SEBAGAI BAHAN API

Kita biasa mendengar kenderaan hijau dibangunkan pengeluar-pengeluar automotif besar dunia.

Begitupun, bagi pengeluar motosikal dari China, Benda sedang merancang mengeluarkan motosikal berkuasa tinggi menggunakan air sebagai bahan api.

Model motosikal dikenali sebagai Benda BD999 didatangkan rekaan klasik tahun 1980-an. 

Jentera berkenaan dilengkapi rekaan lampu utama berbentuk bulat dengan dipadankan diod LED, fork terbalik (USD), lampu LED penuh dan teknologi Kawalan Jelajah.

Ia akan dijana trenkuasa 4-silinder 1,000cc dengan teknologi yang mampu untuk menukarkan air kepada hidrogen dan oksigen.

Proses itu terhasil menerusi pek bateri yang membekalkan kuasa elektrik mencukupi untuk proses elektrolisis bagi memecahkan molekul air (H2O) kepada nitrogen dan oksigen.

Kedua-dua gas tersebut akan digunakan dalam proses pembakaran untuk menggerakkan motosikal.

Menurut Newmedia, Benda sedang dalam proses peringkat akhir pembangunan BD999 dan dijangka akan memperkenalkan model itu dalam tahun ini. – bao ha tinh

Google ads
Back to top button