Buletin

GWM MALAYSIA RASMI MULAKAN OPERASI. MAHU LANCAR BANYAK MODEL BAHARU

Selepas Thailand, Great Wall Motor kini menubuhkan anak syarikat di Malaysia dan membuat penampilan pertama di bawah jenama GWM (Great Wall Motor).

Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn. Bhd. ialah anak syarikat milik penuh Great Wall Motor Co., Ltd, khusus untuk melaksanakan perniagaannya secara menyeluruh di pasaran Malaysia. Dengan tema “Go With Malaysia” bagi memperkenalkan jenama GWM, satu majlis perasmian  telah diadakan di Menara Binjai di Kuala Lumpur. 

Great Wall Motor ialah sebuah syarikat teknologi pintar global dan merupakan pengeluar SUV dan trak pikap terbesar di China. Ia memiliki enam jenama iaitu Haval, Wey, Ora, Tank, Great Wall Pickup dan Saloon yang menghasilkan pelbagai model sedan, SUV, trak pikap dan kenderaan tenaga baharu.

Syarikat tersebut mempunyai lebih 5,000 pusat jualan dan servis di China serta 700 rangkaian jualan di luar negara. Sehingga akhir tahun 2021, Great Wall Motor telah menjual lebih 11 juta kenderaan di seluruh dunia dengan lebih 1 juta kenderaan terjual bagi tempoh enam tahun berturut-turut.

Walaubagaimanapun, syarikat yakin bahawa pasaran masih memiliki potensi dan permintaan yang memberangsangkan.

Presiden Great Wall Motor (rantau ASEAN), Zhang Jiaming memberitahu pasaran Malaysia akan dibangunkan mengikut strategi tenaga baru ASEAN serta mematuhi penyampaian nilai teras tenaga baru, teknologi pintar terkini dan menawarkan pengalaman baharu dalam memberi keutamaan terhadap pelanggan. 

Ia menggabungkan sepenuhnya pengalaman tempatan untuk melancarkan pelbagai sumber tenaga baharu, dalam memacu Malaysia untuk beralih daripada EEV kepada XEV secara berperingkat.

Pengarah Urusan Great Wall Motor Malaysia, Cui Anqi menyatakan pihaknya mahu terus meneroka pasaran Malaysia dan meningkatkan pelaburan di negara ini dengan melaksanakan pemasangan tempatan melalui kerjasama dengan Go Auto Group. 

GWM juga akan mewujudkan rangkaian pengedar berkualiti tinggi yang mengutamakan kualiti operasi, demi pengalaman unik kepada pengguna di Malaysia. Dari aspek perkhidmatan selepas jualan, Great Wall Motor akan memulakan operasi pusat alat ganti di Malaysia bersama-sama perkhidmatan sokongan teknikal. 

Pusat khidmat pelanggan yang beroperasi sepanjang masa telah dibangunkan untuk menawarkan perkhidmatan “end-to-end” demi kemudahan pengguna tempatan.

Melangkah ke hadapan, Great Wall Motor akan mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian kereta berkonsepkan retro, SUV bandar, SUV lasak, trak pikap dan banyak. GWM Malaysia juga bercadang untuk menggaji lebih ramai profesional tempatan. 

Google ads
Back to top button