Buletin

HYUNDAI IONIQ 5 DAPAT TOP SAFETY PICK+

Selain daripada Volvo, kereta elektrik mana yang mempunyai rupa paras yang menarik, dan dengan spesifikasi keselamatan yang mampu menenangkan minda anda?

Jawapannya: Hyundai Ioniq 5.

Model kenderaan elektrik daripada jenama Korea Selatan itu kini diberikan penarafan Top Safety Pick+ oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) bagi kenderaan yang dibina selepas Disember 2021.

Untuk mendapat penarafan tertinggi tersebut, setiap kenderaan yang diuji perlulah mendapat skor terbaik di dalam enam aspek termasuklah pelanggaran bertindih kecil sebelah pemandu, pelanggaran bertindih kecil sebelah penumpang, pelanggaran bertindih sederhana, kekuatan bumbung serta ujian penghadang kepala.

Penarafan ‘Plus’ pula diberikan kepada mana-mana kenderaan yang dilengkapi dengan sistem lampu utama yang baik atau diterima secara standard untuk semua varian.

Berdasarkan laporan IIHS, Hyundai Ioniq 5 berjaya memenuhi segala keperluan untuk anugerah tertinggi, sementara varian SEL dan Limited didatangkan dengan unit lampu utama LED projektor dengan skor baik, manakala varian SE pula datang dengan lampu LED reflektor dengan skor diterima. – IIHS

Google ads
Back to top button