
RANGKA FERRARI 500 MONDIAL SPIDER 1954 DILELONG PADA HARGA RM8.89 JUTA
Rangka kereta sport Ferrari yang terbakar bersama enjinnya semasa perlumbaan dalam tahun 1960-an dilelong pada harga AS$1.91 juta (RM8.89 juta) di Monterey, California.
Menurut akhbar The Telegraph, kereta siri I Ferrari 500 Mondial Spider 1954 itu adalah kenderaan kedua daripada 13 kereta yang dibina oleh firma Pininfarina.
Untuk rekod, rangka kereta itu tidak pernah disentuh selama kira-kira 40 tahun.

Ia masih mempunyai plat casis asal, kotak gear, sudut gandar belakang serta enjin empat sebaris Tipo 119 Lampredi berkapasiti 3.0 liter.
Rangka kereta itu dijual kepada seorang pengumpul di Monterey, California semasa Monterey Car Week baru-baru ini.
Jualan itu berlaku ketika firma lelongan Sotheby’s di New York bersedia untuk melelong sebuah kereta Ferrari GTO buatan 1962 dengan anggaran harga AS$60 juta (RM279 juta) pada musim luruh tahun ini.



