Motosikal

NOLAN RAIKAN ULANG TAHUN LITAR JEREZ DENGAN HELMET KHAS

Nolan Group bersama-sama pelumba legenda, Carlos Checa telah bersama-sama menghasilkan helmet khas sempena meraikan ulang tahun ke-40 Litar Jerez di Sepanyol. 

Checa yang turut berkhidmat selaku duta helmet Nolan turut mengenakan helmet X-804 RS Ultra Carbon dengan warna dan grafik khas ketika melakukan satu pusingan kehormat di litar Jerez sewaktu GP Sepanyol, minggu lalu. 

Selain meraikan litar ikonik berkenaan, helmet tersebut turut menandakan kerjasama antara Nolan dan Checa yang kini memasuki tahun ke-30. 

Helmet keluaran ‘one-off’ itu menampilkan perkataan Circuito de Jerez Angel Nieto di bahagian atas dan belakang dengan angka 40 sempena ulang tahun litar tersebut. Nolan turut menggabungkan warna biru, hitam dan putih bagi menghasilkan kesan yang menonjol. 

Menurut Nolan, helmet khas itu akan diletakkan di Muzium Litar Jerez untuk paparan umum.

Google ads
Back to top button