Motosikal

KAWASAKI Z500 SE TIBA DI MALAYSIA – DARI RM27,100

Edaran Modenas (EMOS) selaku pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Z500 dan Z500 SE untuk pasaran tempatan. 

*Kawasaki Z500 SE

Ketibaa dua motosikal segmen naked berkapasiti 500cc itu telah pun dijangka selepas Modenas melancarkan Ninja 500 sebelum ini. 

*Kawasaki Z500

Bagi pasaran tempatan, dua varian ditawarkan dengan Z500 SE merupakan varian perdana dan hadir dengan kombinasi warna Metallic Spark Black/Metallic Moondust Gray sementara varian standard datang dengan warna Metallic Spark Black/Metallic Matte Graphenesteel Gray. 

Hasilnya, Z500 SE ini menawarkan 44hp pada 9,000rpm dan 42.6Nm pada 6,000rpm yang terhasil dari enjin parallel-twin 451cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

Sama seperti Ninja 500, pakej suspensi juga terdiri dari fork teleskopik 41mm di bahagian depan dan penyerap hentak jenis horizontal back-link dengan pelarasan pra-beban. 

Sementara itu, kelengkapan brek dibahagian depan merangkumi cakera brek semi-floating 310mm yang dipadankan bersama brek 2-piston dan cakera brek 220mm dibelakang dengan brek satu piston. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk lampu nyalaan LED, skrin TFT penuh dan boleh disambung ke telefon pintar serta slot USB-C. 

GALERI: KAWASAKI Z500 2025

Google ads
Back to top button