Buletin

HADIAHKAN ISTERI LAMBORGHINI, ISTERI LANGGAR BECA – MALANG NASIB KAU WAHAI AHLI POLITIK

Saya tak tahu nak sedih atau nak ketawa. Kejadian ini berlaku di India. Ia terjadi beberapa hari lepas dan dirakamkan oleh seorang saksi di jalanan yang memuatnaik video rakaman ke dalam laman youtube.

Ahli politik India Narendra Mehta dari parti Bharatiya Janata membuat kejutan kepada isterinya, Suman dengan memberi hadiah hari lahir berupa sebuah Lamborghini Huracan. Ya Huracan tuan-tuan, saya nak bagi tudung Neelofa kat bini pun puas kira baki gaji bulan lepas ada berapa.

Kejadian ini berlaku ketika Suman dikatakan hilang kawalan tertekan pedal minyak Huracan tersebut. Nama pun supercar 600hp bukannya Perodua Axia, silap tekan memang kelaut lah jawapnya. Kereta ini merempuh sebuah beca yang diparkir di tepi jalan.

huracan accident (1)

Menurut saksi yang melihat kejadian, kereta tersebut tiba-tiba meluru ke tepi jalan dan merempuh sebuah beca. Hidustan Times melaporkan pemilik beca tersebut tidak mengambil sebarang tindakan kepada pemandu atau ahli politik tersebut. Dah apa yang kau jangka?

Ahli politik berusia 43 tahun itu turut mengeluarkan kenyataan pada media (ya dia siap buat kenyataan media)

“Isteri saya ada pengalaman memandu 18 tahun dan dah memandu kereta seperti Audi dan banyak kereta import yang lain”

Ini pula kenyataan Abang Japar,

“Kalau kaya pun banyak duit, cover-cover lah sikit” – Abang Japar

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button