Motosikal

HAFIZH BAKAL TERIMA SWINGARM GENTIAN KARBON DI LITAR SACHSENRING MINGGU INI?

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin dikhabarkan bakal menerima swingarm gentian karbon yang diinginkannya pada perlumbaan di Sachsenring, Jerman hujung minggu ini. 

Rakan sepasukannya, Miguel Oliveira sudahpun menerima alat ganti tersebut yang pertama kali digunakan oleh pasukan KTM di Le Mans, Assen dan membolehkannya berada di tempat ke-13. 

“Kami sangat gembira dengan swingarm gentian karbon yang telah dipasang pada jentera Miguel. Harap Haafizh juga akan menerima komponen sama di Sachsenring untuk meningkatkan prestasi moosikalnya,” kata Pengurus Pasukan KTM Tech3, Herve Poncharal. 

Pelumba KTM yang lain iaitu Pol Espargaro dan Johann Zarco sudahpun menerima komponen itu. 

Hafizh merupakan satu-satunya pelumba KTM yang tidak ditawarkan kontrak untuk beraksi untuk tahun 2020. Beliau hanya mencatat mata kali kedua untuk musim ini dengan menduduki kedudukan ke-15 dalam perlumbaan di Assen. 

Biarpun begitu, pada perlumbaan di Belanda tempoh hari, anak kelahiran Ampang, Selangor itu berada di hadapan Oliveira sebelum tayar jenteranya hilang cengkaman ketika hampir menamatkan perlumbaan. 

Justeru, Hafizh kini bersemangat untuk berlumba di Jerman. Walaupun tidak mudah, ini merupakan perlumbaan pertamanya dengan pasukan KTM di litar berkenaan. 

“Kami akan cuba dapatkan tahap kelajuan yang baik sejak awal perlumbaan dan membuat talaan elektronik pada jentera. Litar ini sangat pendek dan perlumbaan yang panjang iaitu 30 pusingan. Ia pasti memberi cabaran besar kepada semua pelumba,” jelas Hafizh. 

Swingarm gentian karbon itu bukan sahaja lebih ringan, malah membolehkan tayar bertahan lebih lama dalam perlumbaan berjarak jauh.

Google ads
Back to top button