Buletin

JUALAN LAMBORGHINI NAIK 2 KALI GANDA – TERIMA KASIH KEPADA URUS

Sebelum SUV pertama Lamborghini Urus di lancarkan, pengeluar kenderaan mewah dari Itali itu sudah tahu bahawa Urus akan menjadi model paling laris. 

Angka jualan yang dicatatkan di antara 1 Januari hingga 30 Jun 2019 membuktikan jangkaan tersebut.

Dalam tempoh enam bulan, Lamborghini berjaya menjual 4,553 unit kenderaan di seluruh dunia. Sebagai perbandingan, Lamborghini menjual 2,327 unit sepanjang separuh pertama tahun 2018. 

Tahun ini, sebanyak 2,693 unit Urus telah dijual yang merangkumi 59 peratus daripada jualan keseluruhannya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stefano Domenicali memberitahu 70 peratus pembeli Urus adalah pelanggan yang baru dengan jenama Lamborghini.  

Sementara jualan Lamborghini Aventador dan Huracan turun kepada 1,860 unit berbanding 2,327 unit dalam masa enam bulan pertama 2018. 

Lamborghini tidak menyatakan apakah sebab permintaan terhadap Aventador dan Huracan semakin kurang.

Tetapi, besar kemungkinan kerana kedua-dua model itu kian menghampiri kitaran hayatnya, selain timbul laporan model baharu bakal menggunakan enjin V12 hibrid. 

Amerika Syarikat menjadi pasaran terbesar Lamborghini. Diikuti oleh United Kingdom, Jepun dan Jerman. Pertumbuhan jualan di AS naik 128 peratus tahun lalu. Jualan di Asia Pasifik pula melonjak lebih dua kali ganda kepada 1,184 unit. 

Sementara pasaran Eropah, Asia Barat dan Afika naik 67 peratus dengan 1,826 unit telah diserahkan kepada pelanggan. 

Google ads
Back to top button