BuletinMotosikal

HAFIZH KUTIP 2 MATA PERTAMA DI MOTOGP PERANCIS

Setelah bergelut dalam lima pusingan perlumbaan bermula di Qatar, Argentina, USA dan Spanyol akhirnya tuah nampak berpihak pada pelumba negara Hafizh Syahrin di pusingan MotoGP Perancis.

Beliau berjaya mengutip dua mata setelah menghabiskan perlumbaan di tempat ke-14 dalam perlumbaan mencabar di litar Le Mans, Perancis.

Beliau yang memulakan perlumbaan di petak kedua akhir perlumbaan bagaimanapun bertuah selepas satu demi satu pelumba di hadapannya di timpa kecelakaan kemalangan atau dikenakan penalti. Hafizh juga berjaya menduduki posisi di depan rakan sepasukannya Oliveira yang turut dikenakan penalti di hujung perlumbaan.

Juara bertahan, Marc Marquez terus unggul mempertahankan takhta di podium pertama tanpa mendapat cabaran pun dari pelumba lain. Beliau ternyata sukar digugat oleh pelumba Ducati Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Lagenda otai MotoGP hanya hanya sekadar menamatkan pelumbaan di tempat ke lima sementara rakan sepasukannya terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal setelah terlibat dengan kemalangan bersama Bagnaia.

Bagi pasukan Petronas SRT pula, meskipun harapan tinggi diletakkan pada
Fabio Quartararo kerana berlumba di laman sendiri, namun nampaknya tidak kesampaian. Bagaimanapun, kedua pelumba Petronas SRT Quartararo dan Morbidelli tetap mencatatkan keputusan mengagumkan dengan menduduki tempat ke tujuh dan kelapan

Google ads
Back to top button