
Sah dan rasmi. Hafizh Syahrin baru sahaja memuktamadkan karier perlumbaan beliau menerusi penyertaannya bersama pasukan Angel Nieto bagi kelas Moto2 dalam satu pengumuman yang dibuat oleh pasukan Sepanyol tersebut sebentar tadi.
“Kembali ke kelas Moto2, saya harap dapat lakukan perkara yang sama dengan Tom Luthi, sentiasa berjuang untuk lima tempat teratas.
“Saya dah buat tempat 10 terbaik dalam masa dua tahun sebelum ini dalam kelas Moto2.
“Saya gembira sebab dapat teruskan saingan dan saya tak sabar untuk kembali ke kelas MotoGP secepat mungkin”
Pasukan Angel Nieto Moto2 buat masa ini menggunakan kerangka KTM, namun tahun depan akan digantikan dengan casis daripada Kalex atau Speed Up berikutan pengumuman KTM yang mengundurkan diri dari saingan Moto2.
“Saya tak dapat beri sebarang komen kerana pasukan belum putuskan arah mana mereka nak pergi. Ia samada Kalex atau SPeed Up dan saya tunggu pengumuman dari pasukan pakej mana yang akan saya dapat.”









