
PANDU UJI : PERODUA ALZA 2022 AV, DARI KACA MATA PEMBELI TERAWAL
Catatan dan pandu uji ringkas ini ditulis dari pemilik terawal Perodua Alza iaitu Kapten Mujahid bin Alias iaitu adik kepada penulis sendiri. Berikut ialah catatan berkenaan Perodua Alza AV 2022 setelah memandu kereta ini beberapa hari.
Kisah bermula apabila setiap kali balik kampung, wife tersayang Rindaya Loebis packing barang macam nak pindah rumah terus. Semua sedia maklum, Honda Insight mempunyai ruangan bonet yang agak kecik, jadi barang2 yangg banyak tu terpaksa disusun sampai ke ruang penumpang belakang.
Masalah bertambah bila anak start sekolah ada bulan Mac 2022. Kereta ada 1, wife guna untuk kerja, sampai ke rumah pukul 7 malam. Takkan nak bawak anak yg baru 5 tahun naik moto, redah hujan dan jem. So I need second car utk selesaikan 2 masalah utama ni.
So sy terus call abang Mohd Farhan Alias , state the main problem statement, and parameter of the solution. Nak cari second car, yg selesa utk balik kampung, tapi jimat minyak dan harga murah, sebab bajet kecik. Pertengahan April, masa tu desas desus Alza baru nk keluar dh start timbul. So dengan yakin, terus book alza baru dengan Khai Rizal , walaupun x tahu rupa lagi.
Alhamdulillah akhirnya pada hari jumaat yang mulia 29 Julai 2022, kunci Alza 2022 sampai ke tangan. Masa tu baru la 1st time dapat tengok Alza ni depan mata sendiri. Cun weh.

Rekaan Luar
Dari segi design luaran, macam susah nk percaya keta ni keluaran Malaysia. Nak cerita detail, tak pandai. Pandangan depan, keta ni nampak garang dan futuristik dengan lampu LED yg tersusun kemas. Cuma kereta ni disertakan fog lamp LED putih.
Bagi sy kurang mencapai tujuan adanya fog lamp tu, utk bagi nampak jalan dan orang nampak kita time foggy. So patut kaler kuning /oren kan? Keseluruhannya, design luaran new Alza ni, cantik dan menarik tertarik, eh. Puas hati la.

Bila masuk dalam, eh, aku naik MPV ke sedan ni? Rendah, dan tak rasa mcm naik MPV. Sekilas pandang, macam MPV mewah pon ada. Tempat duduk dengan kemasan kulit + fabrik dihiasi dengan tona brown (dash board pon ada tona brown) membuatkan sy rasa duduk dlm kereta mewah. Bila tengok Sistem infotainmen dan meter display, mertua sy tak percaya ni kereta buatan Malaysia.
Dari segi keselesaan, jika naik 8 orang, selesa utk perjalanan pendek, tapi kalau long distance, penumpang 3rd row patah pinggang nnt rasanya. Orang ketinggian sederhana(171cm) mcm sy ni bila duduk kt 3rd row, rasa mcm dok atas kerusi budak2.
Walaupun ada lebihan ruang setengah jengkal antara lutut dengan seat 2nd row, tetap rasa kurang selesa. The best utk perjalanan jauh, max 5 pax, dengan seat 3rd row diturunkan utk kargo. Kalau setting macam ni, memang selesa.

Ergonomik
Personally, bila memandu lebih sejam, rasa lenguh bahu dan belakang. Sy tak tahu mana silapnya, tapi bagi saya, design seat pemandu dan setting stereng, kurang ergonomik. Tapi berbeza pula dengan pandangan anak dan isteri. Depa kata selesa, siap tido mati lagi.
Pemanduan
Bagi sesiapa yg jenis heavy footed driver, kena start belajar jadi light foot. Kalau tak, susah nak maintain fuel economy. Kaki sentuh je pedal, RPM dh mencanak naik, pick up tiada masalah. Boleh maintain 90kmj dgn rpm lebih kurang 1400 ke 1700rpm
Saya drive CRZ dan Insight sejak dari tahun 2012, dah terbiasa dengan brake response Honda dan hampir kemalangan bila drive vios kawan sebab tak biasa dengan brake response yg agak lambat. Namun dengan new Alza, sy rasa tiada masalah, dan feel hampir sama dengan insight. Thanks to disc brake depan dan belakang, i think.
Suspension system Alza 2022 ni bagi sy balance, tidak terlalu lembut sampai kereta berayun mcm buaian, dan tidak terlalu keras mcm pakai buluh. Sesedap rasa, amek lap tak rasa oversteer atau understeer.

Safety
Banyak safety features kat alza baru ni, nak cerita satu2, baik sy boh link owner manual je.
Just few je la yg sy nk hilight. 1st, kombinasi LDW, LDP dan LKC memang terbaik. Sy cuba try test lepas tangan kt selekoh sederhana (benda ni salah, jangan tiru), memang kereta elok je follow sendiri selekoh tu, dan ofkos bermacam-macam warning keluar. Selepas hampir 20 saat, keluar warning suruh pegang stereng.
2nd, ACC. Amat membantu. Cuma bagi sy, over anticipate. Kereta depan jauh lagi, ACC dh slowkan kereta. Even kereta kt lane sebelah pon, dia slowkan kereta. Bila dh lepas, dia boh sampai 3000rpm utk dapatkan blk speed.
Fuel Consumption
Dengan umur 3 hari, tak sesuai lagi nak nilai FC. Tapi lepas isi full tank (43 liter/rm88/8 bar), distance to go dapat 540km. Sepanjang 3 hari ni, jumlah perjalanan dalam bandar (shah alam, kota damansara, subang jaya, USJ) sebanya 139km dan berbaki 406km. Maintain light footed, tapi ngadap jem setiap hari, dapat la 12.7km/liter.
Tu pon berejam engine dlm keadaan idle sebab nak setting macam2 kat infotainmen. Agak jimat, kalau compare dengan MPV lain. Honda insight sy pon dapat 14-15km/liter je bila main dlm bandar.

Kesimpulan
Secara keseluruhan, sy personally memang puas hati dengan Alza 2022. Dengan harga 75.5k, dan segala macam teknologi yang pengguna dapat, kereta ni sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki. Memang tak menyesal blindly book bulan April hari tu.
Apa2 pon, ni adalah pandangan peribadi dari segi pengalaman 3 hari sy saja. Sy bukan seller, bukan engineer, nak tukar tayar pon pening, apatah lagi bab teknikal. Kerja sy tiap2 hari hanyalah termenung keluar tingkap tengok awan, sambil cakap sorang2.