
HANYA 17% KERETA PENUMPANG DI INDIA ADA 6 BEG UDARA. MENTERI PENGANGKUTAN BERTINDAK TEGAS
Kementerian jalan raya dan pengangkutan dan lebuh raya India menyatakan bahawa daripada 3,27,730 kereta penumpang yang dijual di India, hanya 55,264 unit atau kira-kira 17 peratus dipasang dengan enam beg udara.
Kapasiti pengeluaran beg udara sedia ada di negara itu ialah 22.7 juta dan anggaran peningkatan pengeluaran untuk tahun depan ialah 37.2 juta, memetik data daripada persatuan pengeluar kereta India (SIAM)
Menteri jalan dan pengangkutan, Nitin Gadkari mengumumkan pemasangan enam beg udara di semua kenderaan penumpang mulai 1 Oktober 2023.

Pada 14 Januari 2022, kerajaan mencadangkan kenderaan kategori M1 yang dikeluarkan selepas 1 Oktober 2022 akan dipasang dengan dua beg udara sisi dan sisi badan, serta dua beg udara untuk meningkatkan keselamatan.
Walaupun kerajaan bertekad untuk mewajibkan enam beg udara untuk kereta, beberapa syarikat telah membuat bantahan. “Kami mahu menyelamatkan nyawa rakyat. Maka dengan itu kami memerlukan kerjasama daripada pihak berkepentingan,” katanya, pada Jun 2022.
“Kos tetap beg udara ditentukan oleh kuasa pasaran. Anggaran kos berubah untuk 4 beg udara dianggarkan sekitar AS$72 (RM317),” Ujar Gadkari.
Keputusan kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya enam beg udara, bersama dengan penggera tali pinggang keledar belakang berkemungkinan akan meningkatkan kos semua kenderaan, terutamanya model ekonomi. Sekali gus memberi tekanan besar kepada syarikat kereta yang masih belum pulih daripada Covid serta krisis kekurangan cip.
Di tengah situasi makroekonomi semakin berkurangan dan kos input yang lebih tinggi, pengeluar domestik utama telah menaikkan harga kereta mulai Januari 2023.
Tata Motors akan menaikkan harga keseluruhan rangkaian kenderaan komersialnya sebanyak 2 peratus. Manakala Maruti Suzuki telah memutuskan untuk menaikkan harga mulai Januari 2023.
Pengeluar kereta mewah Mercedes-Benz India serta Audi India juga mengumumkan kenaikan harga di seluruh rangkaian model masing-masing sehingga 5 peratus dan 1.7 peratus.
- BACA: TIGA MODEL BAHARU MARUTI SUZUKI DI INDIA SEKADAR RAIH SATU BINTANG GLOBAL NCAP
- BACA: TESLA CYBERTRUCK PALSU MUNCUL DI INDIA
- BACA: NISSAN BUAT KEJUTAN MENJELANG DEEPAVALI. TIGA SUV BAKAL MASUK INDIA – X-TRAIL, QASHQAI DAN JUKE
- BACA: TATA TIAGO EV – KERETA ELEKTRIK PALING MURAH, DARI RM48K DI INDIA







