Artikel Pilihan

HANYA SATU PENGELUAR MENGHASILKAN KERETA YANG KALIS GODAM

SHARE

Satu kajian terbaru telah menunjukkan yang hampir semua kereta dari pelbagai pengeluaran boleh dicuri dengan mudah kecuali satu jenama. Kajian yang dilakukan oleh German General Automobile Club (ADAC) melibatkan 237 unit kereta dengan sistem bebas kunci dan daripada jumlah tersebut 230 unit didapati cukup mudah dipecah masuk dan dihidupkan menggunakan perisian elektronik dan peralatan murah yang boleh dibeli di dalam talian.

Apa kena mengena dengan kita kerana kajian ini dijalankan oleh badan di Jerman dan adakah ia akan menjejaskan kita di Malaysia?

Mestilah bang, ini kerana kebanyakan model yang diuji juga dipasarkan di negara kita dan kebanyakan kereta baru juga memang mempunyai sistem bebas kunci sebagai ciri standard. Daripada 237 kereta yang diuji, ada 4 buah yang cuma boleh di buka dan ada yang cuma boleh dihidupkan. Tapi tiada antara keempatnya yang boleh dibuka dan dihidupkan.

BACA: LELAKI CURI TESLA MODEL 3 GUNA APLIKASI TELEFON PINTAR – BERJAYA DITANGKAP KERANA CAKAP BESAR

Tapi ada tiga unit yang langsung tidak mampu digodam sama sekali. Tiga model tersebut ialah Land Rover Discovery model terbaru, Range Rover dan Jaguar I-Pace, semuanya dihasilkan oleh Jaguar Land Rover.

Pencuri kereta sudah sekian lama mensasarkan model-model bebas kunci tetapi para pengeluar masih mengeluarkan model-model baru dengan ciri tersebut. Ini memberikan sasaran mudah pilihan yang luas kepada golongan pencuri. Walaupun trend kecurian dikatakan menurun berbanding dekad sebelum ini namun kemudahan mendapatkan peralatan untuk memecah masuk kereta di dalam talian memberikan kelebihan untuk pencuri kereta.

Penyelesaian bukannya dengan bertukar kepada sistem kunci lama yang memerlukan kunci konvensional. Tapi jika anda mempunyai kunci seumpamanya ia sebenarnya satu kelebihan untuk anda kecuali kalau pencuri kereta masih lagi kolot yang masih mencuri dengan gaya lama.

Pengeluar seharusnya meningkatkan lagi tahap keselamatan produk keluaran mereka dari semasa ke semasa. Kalau Jaguar Land Rover mampu melakukannya kenapa tidak pengeluar lain.  

   Kredit Carbuzz.com

Tags
Google ads
Back to top button