Buletin

BMW GROUP MALAYSIA BUKA 6 FASILITI PENGECASAN BMW i DI BANGSAR SHOPPING CENTRE

SHARE

BMW Group Malaysia memulakan tahun baru 2019 sebagai peneraju dalam arena e-mobiliti di Malaysia dengan memperkenalkan enam Fasiliti Pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre. 

Pengenalan infrastruktur baharu itu merupakan susulan kepada kemudahan sama yang telah dibuka di Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Iconic Hotel di Pulau Pinang serta WEIL Hotel di Ipoh pada tahun lalu.

Portfolio Mobiliti Bervisi BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga didukung oleh platform ChargEV melalui usaha samanya dengan GreenTech Malaysia. 

Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC memberikan akses kepada fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsi yang lain seperti ChargEV. 

Ia membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan yang terletak dalam rangkaian ChargEV yang kian berkembang di seluruh negara.

Sebagai peneraju dalam pembekalan kenderaan berelektrik yang premium di negara ini, BMW Group Malaysia sentiasa berusaha untuk memacu daya inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, kesedaran terhadap teknologi baharu dan bersih bagi industri automotif, serta  mengubah infrastruktur kenderaan premium di Malaysia. 

“Kami memulakan inisiatif-inisiatif ini bersama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) sejak tahun 2015. Kami juga telah membangunkan beberapa projek dalam rangkaian pengedaran BMW di seluruh negara,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl.  

Dalam perkembangan berkaitan, Hoelzl menyatakan bahawa 2018 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi BMW Group Malaysia apabila mencatat satu lagi rekod baru untuk lapan tahun berturut-turut. 

Sebanyak 14,338 unit kenderaan telah diserahkan kepada pelanggan, naik 13 peratus dengan 7,500 unit daripadanya ialah kenderaan Plug-in Hybrid BMW dan MINI. 

Tags
Google ads
Back to top button