Buletin

HARGA TOYOTA & LEXUS NAIK MULAI JAN 2016

Memandangkan nilai Ringgit yang kian menurun, UMW Toyota hari ini mengumumkan bahawa ia akan menaikkan harga kenderaan Toyota dan Lexus mulai Januari 2016.

Lexus-NX-launch-mekanika (4)

Peningkatkan harga di antara empat hingga 16 peratus itu melibatkan semua model. Sedia maklum bahawa pengeluar kenderaan telah melaksakan pelbagai langkah strategik untuk melindungi pelanggan. Selain menyerap kos tambahan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sehingga kini, nilai Ringgit telah menyusut hampir 20 peratus berbanding dolar Amerika, sekali gus menaikkan kos operasi UMW Toyota. Syarikat telah mengambil semua langkah yang sewajarnya. Namun ia tiada pilihan dan terpaksa meletakkan sebahagian kos itu kepada pelanggan.

Toyota-Camry-2015-mekanika (1)

“Sejak awal tahun ini, ketidaktentuan nilai Ringgit telah memberi kesan terhadap perniagaan kami. Ini kerana sejumlah alat ganti dan komponen adalah diimport yang kemudian menaikkan kos produksi.

“Kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan kerana tidak wujud petunjuk jelas bahawa Ringgi akan pulih. Kami telah cuba yang terbaik untuk memastikan kenaikan harga adalah minimum.

Toyota-Fortuner-mekanika (5)

“Sekiranya nilai Ringgit terus jatuh, kami mungkin terpaksa menilai semula struktur harga kenderaan,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Biarpun begitu, Ismet optimis bahawa kenaikan harga tidak akan memberi impak besar ke atas jualannya. Malah UMW Toyota kini berada di landasan yang betul untuk mencapai sasarannya.

Lexus-ES-mekanika

Perincian harga untuk semua kenderaan UMW Toyota akan dikeluarkan tidak lama lagi. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.toyota.com.my atau hubungi talian tol percuma: 1800 88 69682.

Google ads
Back to top button