Artikel PilihanMotosikal

HARLEY DAVIDSON OLSKOOL – RUDY & HARLEY SHOVELHEAD

Sebenarnya saya kurang arif dengan trend motosikal olskool dari Amerika. Hanya apabila bersembang lama dengan pemilik motor ini barulah saya sedar, ia mempunyai pengikut yang tersendiri. Motosikal ini bukan sahaja susah diperolehi malah harganya juga dalam kategori tak masuk akal.

Pertama, bilakah motosikal ini dilahirkan?

Tahun 1976. Ya. Dilahirkan 40 tahun dahulu di Amerika, Harley Davidson Shovelhead ini adalah antara model yang dipilih sebagai bahan koleksi di seluruh dunia khususnya pengumpul Harley. Pemiliknya, Rudy Helmy Hj Ismail merupakan peminat tegar Harley Davidson ini turut memiliki sebuah model Street Glide.

Jadi apa yang mendorong orang membeli sebuah motosikal yang harganya kini hampir mencecah 6 angka? Sudah tentu wang dan minat.

Ia bermula dengan motosikal pertamanya, Yamaha Virago 535 yang dimodifikasi dengan corak custom. Fitrah biasa bagi peminat easy rider, jika bukan Harley, sifatnya memang tidak akan cukup.

Rudy menjual Virago tersebut pada 2013, bukan untuk membeli motor lain sebaliknya untuk mengumpul modal perniagaan. Dari situ, beliau beliau membuka restoran DJ Junction Cafe di Jalan Tunku Abdul Rahman. Minatnya dipendam terlebih dahulu dan beliau membuka restoran keduanya bertempat di Pantai Dalam, KL.

Berkat perniagaan yang berkembang, Rudy kembali ke minat asalnya dengan membeli sebuah Harley Street Glide pada 2014. Dari pergaulannya dengan group Harley, Rudy telah berusaha untuk mendapatkan Shovelhead menerusi beberapa sumber. Enjin V Twin 1,208cc ini merupakan model pertama yang berjaya dibeli terus oleh Rudy menerusi kenalannya di Amerika.

Seperti sebuah enjin lama Amerika yang “kasar” dan sangat asas, enjin ini didatangkan dengan penghidup jenis tendang, klac kering dan dipacu rantai untuk roda belakangnya. Pengubahsuaian dibuat dengan menggantikan kotak gear 4 kelajuan asal kepada jenis 6 kelajuan Baker versi perlumbaan.

Beberapa modifikasi lain turut dibuat seperti pemasangan suspensi jenis pegas di depan, brek cakera depan Nissin, custom bar hendal, lampu utama custom dan kemasan kosmetik salutan emas pada tangki dan dapra belakang.

Bapa dari 3 orang cahayamata ini tidak ketinggalan menyokong apa juga aktiviti pameran dan permotoran tempatan. Beliau juga merupakan presiden kelab Warghihs MG Malaysia yang kerap mengadakan program bersama ahlinya.

Pengalaman menunggang Shovelhead sudah tentu tak sama dengan Street Glide. Beliau pernah berkonvoi ke Phuket Bike Week pada 2014 dan 2016 dengan suhu melebihi 43 darjah, panas terik tetapi tak lama kemudian hujan lebat mencurah-curah. Rosak? Memang dah lali, kalau dah nama motor olskool memang itulah sifatnya.

Memang Thailand adalah destiasi wajib bagi kaki konvoi. Namakan apa sahaja bike week semua pernah dijejak beliau seperti Sadao Bike Week, Songkla Bike Week, Krabi Bike Week dan Pattaya Bike Week. Penganjur event motor Siam ni pun patut berterima kasih pada rider Malaysia yang sentiasa turun ke sana beri sokongan.

Setakat ini, beliau sangat berpuashati dengan koleksi yang dimilikinya. Shovelhead ini biasanya diletak di restoran di Maju Junction. Cukup dikenali bagi mereka yang selalu lalu-lalang di persimpangan tersebut. Ia sebagai salah satu tarikan. Setahu kami, terdapat kurang 20 buah Shovelhead yang ada di Malaysia, sudah tentu rare kan?

BACA: HARLEY DAVIDSON KING SPECIAL 2017

BACA: MASA DEPAN HARLEY SEMAKIN KELAM

BACA: HARLEY LANCAR IRON 883 DAN FOURTYEIGHT

 

Google ads
Back to top button