Modifikasi

EKZOS ROWEN UNTUK SUBARU WRX STI

Seperti kita sedia maklum, terdapat sangat banyak tuner di Jepun. Ada yang berniaga kecil-kecilan bawah pokok dan banyak juga yang sudah sampai tahap antarabangsa.

Antara tuner premium dan terkenal di Jepun ialah Rowen. Sekali dengar macam nama pinggan-mangkuk. Tapi, korang jangan main-main. Tak ada jenama kereta yang Rowen tidak pernah custom.

Melayari laman web Rowen, selain jenama Jepun seperti Honda, Toyota, Subaru, Mazda dan Lexus, Rowen juga membuat talaan untuk jenama premium Eropah termasuklah McLaren, Lamborghini, Ferrari, Audi, Mercedes-Benz serta BMW.

BACA: SUBARU BRZ 2017 – ALAMI PERUBAHAN KETARA

Produk Rowen cukup bervariasi. Sistem ekzos berkembar dan lampu LED menjadi signatur jenama Rowen. Contoh terbaharu ialah Subaru WRX STI ini. Sekali pandang, bampar hadapannya adalah serba baharu, sekali gus membolehkan butiran lampu LED dipasang. Tidak ketinggalan, satu set lampu kabus berbentuk empat segi.

Gril asal ditukar dengan gril Rowen yang tampil dengan dua bar horizontal. Di atas hudnya pula, terletak satu skup yang bersaiz agak besar daripada biasa. Memang tak sah kalau buat modifikasi tidak tukar rim. Maka, rim pada jentera ini lebih besar berbanding model standard.

BACA: DAH KENAPA KERETA RALI BIRU SUBARU DITUKAR KEPADA GAMBAR SUNGAI? 

Menjenguk ke bahagian bawah kereta, tersimpan sistem ekzos berkembar yang berkilat itu. Itulah sebenarnya kepakaran Rowen, kemasan titanium yang dipanggil Heat Blu. Untuk membuatkan ekzos itu lebih istimewa, keempat-empat corong mempunyai peredamnya sendiri.

Sedikit sejarah tentang Rowen. Tuner itu ditubuhkan pada tahun April 1999. Ia mempunyai 23 orang pekerja dan diketuai oleh Presidennya, Takayoshi Hiei. Antara pencapaian pentingnya ialah mengambil alih jenama Tommy Kaira daripada Autobacks Co. pada Jun 2009.

Rowen pernah mempunyai jenama untuk peminat tegarnya iaitu Cross Blaze. Tetapi, sebagai langkah pengembangan ke pasaran antarabangsa, dua jenama itu kemudian disatukan menjadi Rowen sahaja.

Permintaan yang positif membuatkan Rowen membuka kilang sistem ekzos pada Mac 2015. Sebulan kemudian, Rowen memperkenalkan pula jenama lebih mewah iaitu Japan Premium dan World Platinum.

Buat masa sekarang, produk Rowen dijual oleh 40 buah syarikat yang beroperasi di 30 buah negara di seluruh dunia.

GALERI 

Google ads
Back to top button