Motosikal

HLYM KEMAS KINI WARNA YAMAHA XMAX DAN EGO AVANTIZ – DARI RM5,998

Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan pilihan warna baharu bagi motosikal skuter popular, Yamaha XMax dan Ego Avantiz. 

Bagi pasaran tempatan, Yamaha XMax kini hadir dengan dua pilihan warna baharu yang merangkumi Icon Black dan Ruby Red dan ditawarkan pada harga cadangan RM24,498.  

Sementara itu, YAmaha Ego Avantiz pula datang dengan tiga warna baharu; Sky Blue, Dark Blue dan Purple dan dijual pada harga RM5,998. 

Bagaimanapun, selain warna, kedua-dua model ini masih mengekalkan spesifikasi sama. 

Atas kertas, XMax menawarkan 22.5hp pada 7,000rpm dan 24.3Nm pada 5,500rpm yang dihasilkan enjin satu silinder 249cc SOHC manakala Ego Avantiz yang dipacu enjin satu silinder 125cc pula menawarkan 9.4hp dan 9.6Nm. 

Kedua-dua model sudah boleh didapati di pengedar rasmi Yamaha di seluruh negara.  

Google ads
Back to top button