Buletin

HMSM LANCAR PUSAT 3S BAHARU DI JOHOR

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. (HMSM) melancarkan secara rasmi pusat 3S baharu di Kawasan Perindustrian Tebrau 2, Johor Bahru, Johor.

Melalui kerjasama dengan Auto Skyline Sdn. Bhd. (Auto Skyline) yang merupakan pengedar sah Hino, operasi pusat 3S terbaharu berkeluasan 8160 kaki per segi itu melibatkan pusat penyelesaian sehenti dalam memenuhi keperluan para pelanggan.

Dibangunkan berdasarkan inspirasi dan cita-cita diilhamkan oleh garis panduan identiti korporat dan Hino Jepun, pusat serba canggih tersebut dilengkapi empat ruang servis di bahagian belakang bangunan.

Selain itu, ia turut menyediakan ruangan Lounge berhawa dingin dan sambungan Wi-Fi percuma untuk keselesaan para pelanggan.

Sehingga kini, terdapat 35 pusat 3S yang dibangunkan HMSM di seluruh negara mematuhi piawaian baharu syarikat dan menampilkan imej korporat.

Pengarah Urusan HMSM, Atsushi Uchiyama berkata Auto Skyline dilantik menjadi pusat 3S sah Hino dalam menawarkan penyelesaian sehenti di bawah satu bumbung kepada para pelanggan.

“Pengenalan pusat 3S ini dapat meningkatkan keyakinan para pelanggan kami dari sudut membuat keputusan untuk membeli produk Hino.

“Para pelanggan tetap menjadi keutamaan kami dan pusat 3S ini memudahkan mereka melontarkan pertanyaan mengenai model terbaharu Hino sehingga memilikinya serta mendapatkan perkhidmatan selepas jualan,” katanya.

Pusat 3S Auto Skyline terletak di PLO 178, Jalan Angkasa Mas 6, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, Johor Bahru, Johor.

Ia dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian 07-355 3433 atau faks 07-355 8433.

Google ads
Back to top button