Buletin

HONDA BUKA FASILITI TEROWONG ANGIN PALING CANGGIH DI DUNIA

Honda baru-baru ini melancarkan pembukaan fasiliti terowong angin bernilai $124 juta (RM524 juta) di Transportation Research Centre, tengah Ohio.

Fasiliti ini disifatkan sebagai terowong angin paling canggih di dunia dan boleh digunakan untuk membantu pembangunan model kenderaan biasa dan jentera perlumbaan.

Menurut Honda, fasiliti ini menggunakan sistem simulasi jalan raya modular yang boleh ditukar, terdiri daripada sistem lima sawat untuk kereta produksi, dan sawat lebar tunggal yang dikhususkan untuk kereta sports berprestasi tinggi dan juga jentera perlumbaan.

Sistem ini akan beroperasi serentak dengan kipas angin yang mampu berpusing pada kelajuan sehingga 310 km/j untuk ujian aerodinamik.

Selain itu, terowong angin ini juga turut membenarkan ujian aeroakustik dilakukan, di mana kadar kebisingan angin akan dikira menggunakan sistem tatasusunan akustik yang terdiri daripada mikrofon dan kamera.

Ujian ini penting untuk pengeluar mencapai sasaran ruang kabin yang lebih senyap.

Google ads
"
"
Back to top button