BuletinMotosikal

HONDA CBR600RR DILANCAR TIDAK LAMA LAGI!

Segmen motosikal supersport 600cc sentiasa mempunyai tarikan tersendiri, kuasa yang tidak kecil dan tidak terlalu besar. Ia berada di tengah-tengah dan ditawarkan pada harga berpatutan.

Ini contoh menarik dari Honda, CBR600RR model 2021 dan telah disahkan bakal dilancar secara rasmi di Jepun pada 21 Ogos 2020.

Tarikan utama pada CBR600RR 2021 ialah reka bentuk yang membawa pengaruh CBR1000RR-R dalam skala lebih sederhana.

Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP JDM

Berdasarkan maklumat rasmi, Honda berkongsi beberapa pembaharuan seperti peningkatan prestasi keseluruhan termasuk enjin 599cc DOHC 4 lejang, 4 silinder, teknologi kawalan elektronik dan teknologi aerodinamik terkini.

Tidak dapat dipastikan apa yang dimaksud dengan peningkatan namun berdasarkan maklumat yang diberi, ciri sedia ada seperti kuasa, mudah dikawal dan pengendalian diperbaiki untuk kegunaan di litar dan harian.

Ini adalah kecenderungan yang tipikal buat Honda di mana faktor pengendalian adalah penting meskipun mempunyai motosikal yang hebat di dalam MotoGP.

Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP JDM

Walaupun bahagian reraut (fairing) membawa pengaruh CBR1000RR-R, bahagian lain kelihatan kekal seperti model sebelum dengan ekzos di bawah kerusi. 

Komponen utama lain seperti lengan ayun, brek dan sepit udang juga nampak dikekalkan. 

Perubahan terbesar seperti yang dimaklumkan Honda adalah pada prestasi enjin dan pengendalian atau elektronik supaya selari dengan model lain dan peredaran teknologi. 

BACA: HONDA CBR250RR DILANCAR DI JEPUN, DARI RM33K!

BACA: HONDA FIT JDM DENGAN KIT HONDA ACCESS

BACA: HONDA LANCARKAN PROGRAM RESTORASI KHAS RC30

Kredit foto: Honda

Google ads
Back to top button